Air Asia Kenakan Harga Terlampau Tinggi Kepada Penumpang

TRAVEL
November 22, 2017 - 02:41 PM


Walaupun sering memenangi anugerah penerbangan berkos rendah yang terbaik di dunia. Air Asia hari ini akan disiasat oleh oleh pihak kerajaan atas dakwaan mengenakan tambang yang terlalu tinggi kepada penumpang.

Menurut laporan daripada NST, pihak kerajaan sedang meneliti aduan terhadap AirAsia yang mengenakan harga tambang yang mahal, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Ab Aziz Kaprawi.

Dewan Rakyat diberitahu tentang perjumpaan yang dibuat berkenaan hal ini antara Timbalan Menteri itu dan Mavcom.

Timbalan Menteri Pengangkutan Ab Aziz Kaprawi

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab persoalan serta aduan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Bung Moktar tentang tiket berharga RM2000 untuk perjalanan sehala daripada Sandakan ke Kuala Lumpur.

Menurut Bung Mokhtar, beliau ternampak beberapa penumpang terpaksa membeli tiket penerbangan yang baru setelah tiba lewat untuk menaiki pesawat.

"Penduduk kampung mengadu bahawa mereka tidak mempunyai wang, jadi saya membantu sedikit. Nasib baik, saya ada (wang dengan saya pada masa itu). Jika anda mengatakan bahawa anda adalah penerbangan tambang murah, maka anda perlu mengenakan tambang murah” kata Bung Moktar.

 

Sumber : NST