Aktiviti Best Minggu Ini Di Sekitar Kuala Lumpur

TRAVEL
October 13, 2017 - 04:17 PM


Yeay, kejap je masa berlalu. Dah nak hujung minggu balik. MAcam mana aktiviti minggu lepas? Ada yang pegi ke mana-mana event?

Macam yang kitorang janjikan, setiap minggu kitorang akan highlightkan beberapa aktiviti best yang akan berlaku sekitar KL untuk anda. Macam biasa, sumber rujukan kitorang hanyalah FB Event, tapi misal kata korang tahu ada aktiviti lagi best, boleh DM kami untuk minggu depan punya list.

So, apa yang kitorang jumpa minggu ini :

 

#1. Bakti TTDI Kids Fest 2017.

Kalau ikut facebook mereka, festival anjuran Wanita Bakti TTDI ni adalah event amal.

Jadi ada pelbagai aktiviti untuk anda terutamanya untuk anak-anak lah. Nama pun Kids Festival.  Nak tahu maklumat lanjut pasal event ni, boleh rujuk dekat page facebook diorang okay…

 

Lokasi : Perkarangan Bakti-TTDI. Masa: 8.30 pagi – 6.30 petang.  

Maklumat lanjut : FB | Wanita Bakti-TTDI

 

#2. Acoustipsy #2

Event yang dianjurkan sebagai showcase untuk singer/songwriter. Untuk sesi kali ini, akan ada 5 performance.
Jadi sesiapa yang nak lepak, chil-chil dengar lagu akustik tu, boleh lah datang kesini. Bayaran masuk Rm 15.

 

Lokasi : MOTOU Artis Run Space Masa : 6petang – sampai habis. Event ni hari Sabtu sahaja tau.

 Maklumat lanjut : FB | MotouARS

 

#3. NICE Expo 2017

Nice ni singkatan kepada National Innovation and Creative Economy. Jadi, event yang dijalankan kat sini nanti berkenaan dengan inovasi di Malaysia dan macam – macam lagi yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi.

Kalau siapa yang perasan post kitorang sebelum ini, akan ada perlumbaan drone jugak nanti.

Lokasi : Technology Park, Bukit Jalil Masa: 10 pagi – 10 malam. Mula pada Khamis hingga Ahad nanti.

Maklumat lanjut : FB | NICE 2017  

 

#4. Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara ni macam kita tahu, akan ada banyak aktiviti berkaitan sukan yang akan dijalankan seluruh negara. Macam yang kami jumpa ni, lokasi di Shah Alam. Cuma yang ini dianjurkan oleh Nina’s Cold Press, lebih kepada akak-akak kat luar sana lah. Sebabnya ada Zumba, Tabarta dan lain-lain lagi.

Lokasi : Stadium Panasonic, Shah Alam. Masa : 7.30pagi – 12 tengah hari.

Maklumat lanjut : FB | NinaColdPress

 

#5. Publika Art Week

Macam biasa, Publika selalu ketengahkan hasil seni anak tempatan. Untuk Art Week kali ini, salah sebuah galeri disana membawakan pameran yang disertai oleh local artist yang memang berbakat.

Art Battle juga akan berlangsung di The Square pada hari tersebut. Untuk jadual penuh, boleh tengok di page Facebook mereka.

Lokasi : Publika. Masa : 12 tengah hari – 6 petang

Maklumat lanjut : FB | Galeri Chandran  

 

So minat nak pergi yang mana satu?

=D