Aktiviti Yang Boleh Menghilangkan Bosan Anak Kecil Dalam Perjalanan Jauh



Musim perayaan bakal tiba dan seperti perayaan-perayaan sudah, semestinya ibu bapa akan membawa anak-anak untuk pulang ke kampung halaman. Dan setiap kali musim perayaan juga, jalan raya akan mula sesak dengan kenderaan

Situasi terperangkap dalam kesesakan ini kebiasaannya akan membuatkan si kecil tak senang duduk. Apatah lagi ini merupakan kali pertama dia pulang ke kampung.

Ramai ibu-bapa sekarang mengambil jalan mudah dengan memberikan gajet kepada anak. Walaupun sedikit sebanyak dapat melekakan mereka, hakikatnya ada pelbagai aktiviti yang menyeronokkan yang boleh kita lakukan bukan sahaja untuk menghilangkan bosan, malah merangsang minda anak-anak.

 

#1. Teka Teki atau Cari Benda / I Spy with my little eye

Budak-budak biasanya suka main teka teki, cuba je bagi soalan yang senang-senang dan biar mereka perah otak sikit untuk dapatkan jawapan.

Permainan mudah ini boleh dimainkan dimana-mana sahaja. Pilih satu objek yang boleh dilihat. Berikan klu pada anak.

Untuk teka teki pula, kena buat ‘homework’ sikitlah untuk dapatkan teka teki yang banyak. Reka pun takpe rasanya… Yang penting ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengalakkan kita berfikir.

 

#2. Permainan Ejaan / Spelling Bee

Cari objek sepanjang perjalanan dan minta anak anda mengeja perkataan tersebut. Kemudian, untuk jadikan lebih mencabar, cuba mintak anak untuk translatekan ke bahasa melayu atau bahasa inggeris.

 

#3. Permainan Unsur Kira-Kira

Korang boleh cuba beri anak soalan congak untuk dijawab.

Untuk anak yang baru belajar pulak, boleh berikan mereka objek seperti penyepit baju untuk menjawab soalan yang diberikan.

Selain itu, boleh mintak anak menambah atau mendarabkan nomor pada plat kereta yang dilihat.

 

#4. Menyanyi Bersama

Bermodalkan radio je, bukak mana-mana stesyen radio ataupun download je lagu didi ke apa dalam pendrive. Nanti boleh nyanyi sama-sama dalam kereta.

Selain hilangkan bosan anak, kita yang memandu ni pun boleh hilang mengantuk.

 

#5. Baca Papan Tanda / Plat Kenderaan

Aktiviti yang bagus untuk anak-anak yang baru belajar mengenal huruf dan angka. Pilih aje mana-mana kenderaan atau papan tanda untuk anak membaca.

Stimulasi otak ini adalah sangat efektif untuk membantu anak anda mengenali abjad dengan cepat.

 

#6. Cari Harta Karun / Scavenger Hunt

Untuk aktiviti ini, kena buat ‘homework’ lah sikit. Print siap-siap sesuatu yang comel untuk bermain permainan ini atau yang boleh design sendiri checklist.

Tema yang dipilih kenalah bersesuaian seperti papan tanda ataupun jenis kenderaan.

Secara tak langsung, boleh minta anak perhatikan suasana keliling untuk mencari objek dan sebagainya.

 

#7. Bingo

Permainan klasik ini boleh juga dijadika scavenger hunt. Anak boleh diminta untuk mencari objek-objek yang terdapat di atas kertas dan format sama seperti permainan bingo.

Jadi, siapa yang dapat sempurnakan satu garisan. Dia dikira pemenang lah.

 

#8. Berbual Bersama Anak

Kadang-kadang kita terlalu bergantung dengan gajet untuk menghilang ‘kebosanan’ anak-anak. Selain itu, terdapat banyak kajian yang dijalankan mendapati anak akan terlalu fokus dan berada di dalam dunia tersendiri dan menyebabkan mereka kurang memberi perhatian kepada orang sekeliling.

Tanyakan apa-apa soalan yang membuatkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif.

 

Jadi, nak raya ni, bolehlah cuba salah satu aktiviti yang dicadangkan ini in case sangkut dalam traffic jam kan.