Awas!!! Ini 4 Tanda Anda Wajib Bercuti Sekarang Juga

TRAVEL
November 09, 2017 - 04:12 PM


Setiap hari sibuk di tempat kerja kemudian pulang menguruskan rumah tangga pula. Meski badan sudah terasa penat dan lesu tapi ramai wanita yang mengabaikannya. “Kerja banyak mana boleh cuti” inilah yang selalu diucapkan.

 

Anda terus bekerja hingga sampai satu tahap tubuh tak lagi berdaya. Pandangan kelam dan anda jatuh pitam. Selepas itu barulah anda segera mengambil cuti.

 

Ia mungkin sudah terlewat. Sebelum kejadian ini berlaku sebaiknya anda peka dengan keadaan tubuh yang sebenarnya sudah pun memberi signal meminta anda berehat.

 

Anda perlu kenal pasti perkara ini sebelum terlambat.

 

1. Sukar Mengingat


Pernah tak kerana sibuk bekerja sampai satu tahap anda sukar untuk ingat atau mudah lupa di mana meletakkan kunci kenderaan, dompet, telefon bimbit atau barang lain yang penting. Jika ya, itu merupakan signal dari tubuh bahawa anda sudah terlalu penat dan perlu segera berehat.

 

2. Badan Terasa Tegang


Ketika berdepan beban kerja yang terus menerus, otot-otot tubuh akan menegang secara semula jadi. Kepala, leher dan bahu adalah yang paling awal merasa kesan. Tiga bahagian ini akan terasa tegang hingga kadang kala menyebabkan anda berasa pening kepala. Awas keadaan stres sebegini, tekanan darah boleh meningkat yang tanpa disangka boleh menyebabkan serangan angin ahmar. Bila sudah merasai ketegangan di tiga bahagian ini, cepat istirehat.

 

3. Mudah Selesema


Stres dan kepenatan berlebihan akan mengganggu kadar penghasilan hormon kortisol pada tubuh sehingga mengakibatkan sistem daya tahan tubuh terjejas. Pada masa ini, selesema adalah masalah kesihatan yang paling mudah menyerang. Jadi bila anda kerap terkena demam selesema, harap lebih peka tentang petandanya. Bawa-bawalah berehat.

 

4. Sering Mimpi Buruk


Mimpi dikatakan gambaran alam bawah sedar kita. Sebab itu ia boleh menjadi satu petanda tahap kesihatan kita secara fizikal dan mental. Jika anda kerap atau terus menerus mengalami mimpi buruk sudah masanya anda mengisi borang cuti untuk berehat. Ketika tubuh terlalu penat tahap kebimbangan atau cemas juga meningkat. Inilah yang kemudian diterjemahkan sebagai mimpi buruk di alam bawah sedar kita.

 

HIDUP INI BUKAN UNTUK BEKERJA SAJA, ANDA PERLU ADA MASA UNTUK DIRI SENDIRI.

 

Apa guna bekerja setiap hari kemudian disahkan sakit lalu terpaksa menghabiskan wang gaji untuk rawatan.