Baca 7 Tips Sebelum Ke Cameron Highlands Ini Dulu Kalau Tak Anda Akan Menyesal



Kalau korang nak naik Cameron Highland. Korang wajib rujuk tips ini kalau tak korang menyesal! Bukan apa sebab nanti percutian nak happy jadi boring dan sakit hati! 

1. Kalau korang bertolak dari Utara sila ikut Simpang Pulai, manakala kalau dari Kuala Lumpur boleh ikut Tapah

2. Sila bertolak awal, kalau boleh selepas azan subuh tu tayar dah bergolek kalau tak korang akan sangkut dalam kesesakan lalu lintas

3. Merancang itu penting. Kena tahu info tempat2 menarik di Cameron Highlands

  • Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
  • KEA Farm 8.30am-6pm
  • KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
  • Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
  • Taman Abang steamboat & grill 
  • Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29
  • Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)
  • Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)

4. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?

  • harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
  • sukar untuk dapat parking kereta.
  • kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
  • kurang privasi. 

5. Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands

6. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak. Klu nak yg rare try nasi lemak abang stoberi.

7. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jln kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik 

****

Bercuti ni memang seronok tapi kadang-kadang kalau tak rancang sebaik mungkin boleh jadi tak seronok. Lagi-lagi kalau pergi bercuti dengan anak-anak kecil. Banyak perkara perlu dititikberatkan.