Bahaya Upload Gambar 'Boarding Pass' Ke Laman Sosial!



Kami faham anda teruja untuk bercuti, tapi janganlah selalu atau jangan langsung tunjukkan ‘boarding pass’ anda di media sosial.


Antara contoh gambar yang kami jumpa di Google.

Mungkin bukan anda, tapi mungkin rakan-rakan anda atau ada ahli keluarga anda yang suka buat macam ni. Jadi tegurlah mereka. Untuk kebaikan mereka jugak. Bukan sebab anda jealous atau apa, tapi untuk tujuan keselamatan.

Walaupun ‘boarding pass’ itu nampak macam cetakan kertas biasa, sebenarnya sekiranya dapat kepada pihak yang tak bertanggungjawab, macam-macam perkara yang tak diingini boleh berlaku kepada anda.

 

Ada Apa Pada Boarding Pass?

1. Informasi tentang nombor pesawat, lokasi dan nama penumpang.

Bila dah ada maklumat-maklumat ini, seseorang boleh menyamar menjadi anda dan daripada situ, ada beberapa kemungkinan atau senario yang kita sendiri tak mungkin terfikir.

Antaranya, panggilan palsu boleh dibuat ke syarikat penerbangan kononnya anda ingin menukar atau membatalkan penerbangan anda. Dan, bila tiba hari dan waktu penerbangan anda, anda tak dapat nak terbang.

Selain itu, tuduhan palsu boleh dibuat. Ini agak serius sebabnya mereka boleh buat tuduhan yang kononnya anda seorang pengganas, membawa senjata dan minta kamu dihalang menaiki pesawat. Tak pasal-pasal anda akan disiasat dan dituduh sebagai pengganas pulak.

Yang paling serius, maklumat data peribadi anda boleh didapati melalui maklumat di boarding pass tersebut. Jika dapat ke tangan pengodam, mereka mungkin menukar kata laluan akaun anda dan anda akan kehilangan akses kepada akaun anda nanti.

Anda nak upload juga? Boleh, dengan syarat jangan upload boarding pass penuh. Terutamanya nombor pesawat, dan rekod lokasi tidak didedahkan.

Apa-apa pun, bukan semua perkara perlu dikongsi. Berhati-hatilah dan fikir dulu sebelum upload sesuatu ke media sosial ye…

 

Sumber : Says