Bandar Terpencil China Ini Terbiar Sehingga ‘Ditelan’ Alam Sekitar, Kini Ia Menjadi…



Manusia dan alam sekitar boleh dikatakan tak ‘sebulu’ . Saban hari, banyak pokok-pokok ditebang untuk mendirikan rumah, bangunan dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, ‘alam sekitar’ mempunyai plannya yang tersendiri.

Itu yang terjadi kepada sebuah perkampungan terpencil di China ini. Asalnya merupakan sebuah perkampungan/bandar perikanan sebelum ditinggalkan. Kini, apa yang terjadi setelah bertahun-tahun ditinggalkan adalah kesemua bangunan telah ‘ditelan’ oleh pokok, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya perlahan-lahan.

Jika kita perhatikan, sisi bandar ini telah menjadi kawasan tarikan pelancong disebabkan pemandangannya yang lain daripada yang lain.

Jika diikutkan sejarah, perkampungan Houtouwan ini telah wujud di salah satu kepulauan di China iaitu Shengshan dan ia wujud sebagai perkampunyan nelayan pada tahun 1950.

Dikatakan, dalam banyak-banyak penempatan di sekitar kepulauan yang ada disitu, hanya Houtouwan yang telah dimakan dan berubah daripada sekadar kawasan bangunan terbiar kepada sesuatu yang sangat indah.

Menurut cerita orang tempatan, kesemua penduduk asal kepulauan ini dikatakan telah berpindah ke bandar yang lebih besar untuk mencari peluang pekerjaan pada awal tahun 1990. Ini bermakna, sudah hampir 30 tahun bandar ini ditinggalkan.

Sedar akan potensi kawasan ini sebagai tarikan pelancongan, pihak berkuasa tempatan telah mengenakan bayaran sebanyak 50 yen (RM 1.80) sebagai bayaran masuk ke kawasan bandar tinggal tersebut. Ada sesetengah rumah di sana masih mempunyai perabot dan secara tak langsung menambah faktor ‘seram’ dan ‘mistik’ di bandar tinggal tersebut.

Nak sampai ke sini pun sebenarnya bukan mudah, dikatakan kita perlu menempuh perjalanan selama 36 jam daripada tanah besar China. Selepas itu, katanya kena naik feri, bas dan teksi sebelum akhirnya tiba di bandar Houtouwan.