Batu Caves Kini Berwajah Baru Sekali Tengok Bagaikan Pelangi Menuju Kayangan



Ada siapa yang pernah pergi Batu Caves? Sekarang Batu Caves dah berwajah baru apabila di cat semula tangganya. Nampak lebih hipster sekarang. Dengan nafas baru tu telahpun berjaya membawa pengunjung untuk ke sini lebih raya. Bagi mereka yang gemarkan ootd bolehlah ke Batu Caves.

Bermula dari pintu masuk, orang ramai khususnya pelancong perlu menaiki sebanyak 272 anak tangga untuk sampai ke tingkat teratas yang merupakan tempat ibadat penganut agama Hindu.

Kini kesemua anak tangga tersebut telah diberi nafas baru dengan cat yang berwarna biru, hijau, merah dan jingga sehingga kelihatan seperti pelangi.

Setelah berita pengecatan anak tangga tersebut disebarkan melalui media sosial, ianya berjaya menarik ramai pelancong dan orang tempatan mengambil kesempatan untuk menaiki anak tangga berwajah pelangi itu.

Sebagai rekod kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke Batu Caves berjaya menarik seramai 2.2 juta orang pada tahun lalu ketika sambutan Hari Thaipusam.

So korang apa lagi jom lah ke Baru Cave! Cantik weh...