Berjalan Ke Can Tho, Vietnam, Apa Yang Kita Boleh Lakukan?

TRAVEL
April 11, 2019 - 04:15 PM


Kalau bukak laman web Air Asia, ada nama Can Tho di bahagian promosi dan ia merupakan destinasi baru yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan tambang murah berkenaan. Kalau tengok di laman web Air Asia, tiket sehala ke Can Tho pun bermula dengan RM64.00 sahaja.

Jadi, jika korang ada masa sehari untuk dihabiskan di Can Tho, apa yang korang boleh lakukan? Ini kami ada senarai aktiviti dan tempat menarik di Can Tho, Vietnam untuk korang rancang perjalanan ke sana nanti.

Latar Belakang  

Can Tho merupakan bandar terbesar yang terdapat di Delta Mekong. Bertindak sebagai pusat ekononi, budaya, pengangkutan dan politik Delta Mekongm Can Tho boleh dikatakan sebagai bandar yang terletak di selatan Sungai Hau.

Salah satu tarikan atau tempat yang paling sibuk disini adalah Ninh Kieu waterfront, dimana ia bertindak sebagai hab yang menguruskan perjalanan bot dan sampan di sungai berkenaan. Selain itu, pada waktu malam kawasan ini akan meriah dan terdapat banyak hotel serta restoran terapung di sini.

Tarikan Menarik Di Can Tho

Disebabkan statusnya sebagai daerah terpenting di Delta Mekong, Can Tho adalah kawasan atau tempat yang paling menarik dan mudah untuk berjalan di sini jika nak dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain.

Kebiasaannya, kalau dah namanya Vietnam, kita mesti setidaknya cuba menaiki sampan mereka, betul tak? Kalau tak minat, ini ada beberapa aktiviti dan tarikan menarik di Can Tho, Vietnam.

#1. Cai Rang Floating Market

Floating Market Cai Rang adalah pusat tarikan pelancong yang paling popular di Can Tho, dan untuk ke sini perlu menaiki sampai atau bot dari Ninh Kieu Wharf dan pasar terapung ini terletak kira-kira 30 minit dari Ninh Kiew.

Terhimpun dalam satu seksyen atau kawasan di Sungai Hau, penjual akan menjual daripada pelbagai saiz boat, kecil dan besar.

 

#2. Ninh Kieu Wharf

Ninh Kieu Wharf hanya beberapa minit dari pusat bandar Can Tho dan terletak bertentangan dengan Hai Ba Trung street.

Pemandangan sunset disini katanya menarik selain daripada korang boleh menyaksikan pelbagai bot dan sampan yang bewarna-warni. Boleh lepak di kawasan taman yang ada disini untuk mengambil gambar atau boleh ke kawasan tepi-tepi sungai tersebut yang terdapat kedai dan macam-macam lagi.

 

#3. Menaiki Sampan Tour

Ada banyak tour menaiki sampan yang ada di kawasan wharf tadi, biasanya dari sungai yang besar, korang akan dibawa menaiki sampan untuk menyusuri sungai-sungai kecil.

Sepanjang perjalanan, pembawa sampan akan berhenti di kawasan-kawasan yang dirasakan menarik untuk korang. Ada rumah, rumah sampan, ladang, restoran dan macam-macam lagi.

 

#4. Cacao Farm

Cacao ni nampak seakan-akan pokok koko, tapi sebenarnya bukan. Di Delta Mekong ni memang terkenal dengan agrikultur. Untuk ke Ladang Cacao ni, korang boleh ke Mien Tay Homestay yang dikendalikan oleh keluarga Lam The Cuong.

Disini korang boleh melawat ladang dan belajar macam mana pemprosesan kakau ni dari awal sehinggalah menjadi pelbagai produk macam produk kecantikan, coklat dan pelbagai lagi.

 

#5. Can Tho Grand Prison

Panjara Can Tho ini merupakan salah satu tarikan bersejarah yang korang kena lawati di Can Tho. Dibina pada awalnya pada era pengkolonian Perancis,penjara ini digunakan oleh Vietnam Selatan dan pihak Amerika pada perperangan Vietnam.

Ramai diantara puak penentang dipenjarakan dan disiksa disini. Penjara ini mempunyai 21 bilik tahanan, gereja, pagoda, rumah untuk pegawai dan dapur.

Agak menyeramkan la jugak sebab patung-patung diletakkan untuk menggambarkan suasana penjara ini pada waktu ia digunakan dulu.

Saing-saing Killing Field dan Tuol Seng Genoside School dekat Cambodia ni.

 

#6. Bang Lang Stork Garden

Tempat pelindungan burung Bang Lang ini terletak antara Can Tho dan Long Xuyen. Berkeluasan 1.3 hektar, ia menempatkan ribuan ekor burung upih dan disediakan platform untuk menyaksikan burung ini.

 

#7. Pitu Kohsa Rangsay Pagoda

Untuk yang minat untuk melawat tempat beribadat, korang boleh melawat pagoda 3 tingkat berwarna emas yang merupakan pagoda Buddha dan dibina pada tahun 1948 lagi.

Kalau korang perhatikan, dinding-dinding pagoda diukir dengan rapi dan terperinci.  

6 Destinasi Di Asia Tenggara Untuk Anda Yang Tidak Suka Bersesak

6 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Jika Menginap Di Hotel

Destination: