Bosan Dengan Hotel? Jom Cuba Bermalam Di 5 Airbnb Unik Dalam Malaysia



Hotel yang sama, tapi harga berbeza? Eh. Hehe. Itu iklan Trivago. Hehe. Tapi, memang kita dinasihatkan untuk check dan bandingkan harga-harga hotel yang bakal kita pegi. Itu kalau nak dapatkan best deal lah. Kalau jenis tak kisah, tak ada masalah. Tempah direct dari laman web rasmi hotel ajelah.

Tapi, ramai jugak traveller yang tak suka menginap dekat hotel. Ada yang pilih backpackers hotel, hostel ataupun Airbnb. Biasanya, yang pilih tinggal dekat Airbnb ni sebab nakkan pengalaman yang lain daripada yang lain. Misalnya, mungkin owner Airbnb tu akan kenalkan pada komuniti setempat dan sebagainya.

Kalau di Malaysia, kita sebenarnya ada banyak Airbnb dan mempunyai banyak jenis. Ada yang tawarkan bilik, ada yang tawarkan seluruh unit dan macam-macam lagi. Pandai cari, dapat macam hotel 5 bintang, tapi harga jauh lebih murah.

Sebelum ni, kitorang pernah kongsikan berkenaan hotel-hotel unik dan menarik di seluruh dunia. Kali ni, nak kongsi 5 Airbnb Unik Di Malaysia. Ye, di Malaysia pun sebenarnya ada Airbnb yang unik dan korang patut cuba.

#1. Nami By The Sea, Kuala Dungun, Terengganu

Asalnya, hanyalah 2 unit kontena. Edina kemudian mengubahsuai menjadikan ianya moden, selesa dan unit yang sangat unik. Selain mempunyai keluasan tanah yang besar, jarak unit ini ke pantai hanya beberapa meter sahaja.

Menarik kan?

RM198/malam

 

#2. Perhentian Jungle Safari Tent, Pulau Perhentian, Terengganu

Nak bercuti di tepi laut? Penginapan dalam khemah ni memang akan menyajikan pengalaman yang korang takkan dapat lupakan. Selain pengalaman glamping, korang boleh ke pantai yang cantik, beberapa minit perjalanan je.

RM250/malam

 

#3. Unique Tent Stay, Pekan Melayu Alor Setar, Kedah

Walaupun tidur dalam khemah, sebenarnya korang akan berkhemah dalam bangunan. Lebih tepat, tempat ini dulunya adalah sebuah kedai emas yang dah ada sejak 1920 lagi sebelum dijadikan tempat penginapan.

Keseluruhan ada 9 buah khemah. Kalau datang dengan geng ramai-ramai mesti best ni.

RM60/malam

 

#4. Caravan Bah, Kota Kinabalu, Sabah

Kalau dekat negara luar, tinggal dalam caravan memang perkara normal. Di Malaysia ni jarang-jarang je kita dengar. Kalau korang nak rasa pengalaman tinggal dalam caravan, boleh lah ke Kota Kinabalu.

Walaupun dalam caravan, segala kelengkapan macam dapur, tempat mandi, peti sejuk semua ada tau.SIap ada lounge lagi.

RM717/malam

 

#5. Mendung Escape Private Bedroom, Bau, Sarawak

Nama pun private bedroom kan, jadi ia memang hidden gem lah kata orang. Kalau korang minat penginapan yang berlatarbelakangkan hutan dan alam sekitar, ataupun nak lari dari kesibukan kota, eloklah ke sini. Satu je, bawak insect repellent. Hehe

RM250/malam

Amacam? Best tak? Lain-daripada yang lain kan? 

Baca juga : 8 Hotel Luar Biasa Dan Unik Di Seluruh Dunia, Harga Bermula Dari RM150