Cara Mudah Dapatkan Travel Insurance Secara Online




Sebelum ni, kitorang ada share pasal pentingnya travel insurans atau insurans perjalanan. Memang kalau diikutkan, ada yang berpendapat, alah pegi 3 ke 4 hari je, buat apa nak amik insurans.

Tapi cuba fikir balik, cuba tengok dekat mana-mana group travel yang korang join dekat Facebook, mesti ada orang yang share pengalaman dan masalah yang diorang hadapi semasa travelling.  

Kebiasaannya; antara perlindungan lazim yang ditawarkan oleh syarikat insurans adalah seperti:

  1. Kemalangan diri
  2. Belanja perubatan dan yang berkaitan
  3. Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan perjalanan
  4. Kehilangan bagasi, barang-baranda kepunyaan peribadi dan wang
  5. Kehilangan pasport
  6. Liabiliti diri
  7. Kelewatan bagasi
  8. Kelewatan perjalanan
  9. Rampasan kenderaan
  10. Penghantaran pulang jenazah

Dan ini adalah bergantung kepada premium yang korang bayar dan berbeza dengan setiap pihak yang tawarkan insurans perjalanan ni.

Kebiasaannya, orang kita malas nak apply travel insurance ni sebab ‘dimomokkan’ dengan proses dia yang leceh ataupun dia tak kenal mana-mana agen yang tawarkan travel insurans.

Ha, untuk korang yang ada masalah macam ni, ni ada cara dapatkan travel insurance secara online. Mungkin kawan korang ada info lain-lain atau yang lebih mudah, tapi cara dapatkan insurans perjalanan secara online kitorang bagi ni melalui Ringgitplus.

 

Cara dapatkan travel insurance / insurans perjalanan secara online :

#1. Masuk ke laman web RinggitPlus, pergi ke bahagian Insurance

#2. Pilih Travel Insurance

#3. Pilih plan yang bersesuaian dengan trip korang

Ini korang pilih lah sama ada plan tahunan, single trip, domestic ataupun antarabangsa.

#4. Baca dan fahamkan setiap Insurans pilihan korang, klik ‘apply now’ untuk memohon. Korang akan diminta masukkan email dan nama.


antara agensi yang tawarkan travel insurans

#5. Tunggu email dari Ringgitplus (tak sampai beberapa jam dah boleh dapat email), ikut arahan yang diberikan. Macam contoh, haritu apply untuk ke Bali, menggunakan Takaful Ikhlas, so dia directkan ke website takaful ikhlas.


Lebih kurang macam ni email yang korang akan dapat

#6. Pilih sama ada untuk individu atau kumpulan. Untuk tujuan posting ni, contoh kitorang bagi untuk individulah. Isikan borang yang ada, lengkapkan segala maklumat termasuk berapa lama korang nak ada insurans tu.


Caption

Yang ini, kitorang nasihatkan, korang drag lah sehari, in case flight delay, korang dicover oleh insurans ni. Pastikan destinasi korang betul, sebab insurans ni valid dekat destinasi korang nak tuju je. Kalau on the way pegi atau balik (berlaku dekat Malaysia) tak boleh nak claim!

#7. Buat pembayaran, ini biasanya company insurans tu ada diorang punya cara sendiri. Tapi biasanya direct pay lah, macam korang buat online shopping. Macam contoh, plan takaful ikhlas ni, sehari rm3.

#8. Tunggu policy di-emailkan kepada korang. Bila dah dapat, pastikan semua maklumat betul. Kalau tak dapat, cuba call dan tanyakan syarikat yang korang beli tu.


Ini salah satu contoh policy yang dapat

#9. Travel-lah dengan hati yang tenang 😊

Kalau korang nak tahu lebih lanjut betapa pentingya travel insurance ni, boleh baca di entry | Pentingkah Insurans Perjalanan Ketika "Travel" ?

Harap perkongsian kitorang ni bagi manfaat kat korang ye... Jomlah folow & like Facebook kitorang, ataupun layan gambar cantik dekat Instagram