The Cedar Villa @ Bidor - Villa Percutian Mewah Di Bidor, Perak



The Cedar @ Bidor adalah sebuah unit bungalow yang terletak kira-kira 5km daripada exit tol Bidor. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam dan percayalah, ianya sangat berbaloi untuk korang adakan family gathering atau nak lakukan company trip.

Terletak di atas bukit, dibina di atas tanah seluas 4-ekar, The Cedar @ Bidor ni boleh memuatkan sehingga 16 orang dalam satu masa.

Rumah penginapan ini boleh dikatakan mewah dan menjaga privasi anda sekeluarga. Jarak dari jalan utama untuk ke rumah ini agak mencabar, sebab off-road, nasihat kami, kalau kereta lowered, pinjamlah kereta kawan yang tinggi sikit.

Apa yang menarik, disini korang betul-betul boleh menikmati suasana alam sekitar yang tenang tanpa ada gangguan bunyi bising ataupun pencemaran. Udara sangat fresh, waktu malam dan pagi sangat sejuk disini.

Selain itu, lokasi strategic rumah ini juga membolehkan korang tengok panorama matahari terbit dan terbenam daripada kolam infiniti yang terletak disebelah villa.

Antara kemudahan yang ada di The Cedar Villa ini ialah :

  • 8 Bilik – Katil Queen.
  • Tandas di setiap bilik dan 2 tandas extra di bahagian bawah.
  • Ruang tamu yang luas.
  • Swimming pool.
  • Tempat barbeque.
  • Meja pool.
  • Playroom untuk kanak-kanak
  • Kemudahan dapur basah dan kering
  • Karaoke

Cumanya, disini memang TIADA WIFI disediakan. Sebabnya, kita digalakkan berborak dan lupakan segala media sosial dan kerja. Hehehe.


Layout setiap bilik

Walaupun agak jauh untuk ke pekan, korang dibenarkan masak dan barbeque disini. Bahan belilah sendiri. Cuma kemudahan tempat, peti sejuk penyimpanan semua ada.

Kalau perlukan bantuan pun, ada staff yang standby yang tinggal berhampiran.

Untuk tarikan, korang boleh ke air terjun berdekatan. Airnya memang sejuk, jernih dan pada kitorang sangat menyegarkan.

Untuk tempahan, korang boleh buat di www.thecedarbidor.com atau hubungi 012-6839979


Alamatnya :

The Cedar @ Bidor

Lot 1852, Jalan Paku, Kg Chang, Bidor, Perak, 35500, Malaysia

Dari segi harga, rate keseluruhan adalah RM1,100/ malam untuk satu villa, boleh muat 16 orang.

Rate hujung minggu pulak RM 1,600. Kiranya seorang RM200/malam.