Cerita Inspirasi - 5 Individu Berjaya Menunggang Motosikal Untuk Sampai Ke Pelosok Dunia Dan Ini Rahsia Mereka!

TRAVEL
May 16, 2018 - 09:30 AM


Bila sebut tentang motorsikal, mesti ramai yang meragui kebolehan dan ketahanan jentera dua roda ini. Hakikatnya, motorsikal adalah salah satu kenderaan yang paling efektif untuk digunakan, lagi-lagi dalam keadaan bandar yang sesak.

Kebiasaanya, penunggang motorsikal ni berhati kental. Misalnya, bila berdepan dengan faktor cuaca. Panas tu biasa, hujan atau ribut sahaja kadang-kadang menjejaskan. Itu pun ada yang redah juga.

Ini belum masuk dengan dugaan-dugaan yang diorang ni hadapi setiap hari. Dengan tukar laluan tak bagi signal, pemandu kereta himpit, main telefon semasa memandu dan lain-lain.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berjaya buktikan kenderaan dua roda ni mampu membawa mereka ke serata dunia. Kalau dalam Malaysia, tak payah cerita lah, boleh kata setiap bulan ada konvoi motorsikal.

November lepas rasanya, kitorang pun ada tulis tentang pasangan yang menunggang ‘kapcai’ ke London iaitu saudara Alfishahrin dan isteri beliau Diana Latief yang mengharungi perjalanan sejauh 25000 kilometer.

Ada yang mengatakan mereka menjejakkan diri ke 25 buah negara termasuklah Iran, Turki, Belanda dan Swiss dan berhabis sebanyak RM2800 untuk petrol. Dalam masa yang sama, penyelengaraan motor tidak pernah diketepikan. Menurut pasangan ini, mereka akan servis motorsikal setiap kali 3000 km.

Kalau nak tahu, sebenarnya ada ramai lagi yang pernah buat macam tu. Ini kisah mereka :

 

#2. Anita Yusof

Bermula pada tahun 2015, Anita dikatakan berhenti kerja demi meralisasikan impiannya untuk keliling dunia.

Menggunakan jentera Yamaha FZ 150i, Anita berjaya merentasi benua Eropah sebelum masuk semula ke Asia melalui Bosporus, Turki dan terus ke Iran.

Dalam setahun, beliau berjaya menunggang jenteranya ke 30 buah negara dan melalui sejauh 65,000 km dalam misinya mengelilingi dunia.

 

#3. Mohd Faizal Sukree

Memilih jentera yang lebih besar, Faizal merupakan salah seorang yang Namanya akan ‘naik’ bila topik keliling dunia gunakan motorsikal ni dibualkan.

Sejak 2010, Faizal telah mengunggang sejauh 160,000 km. Walaupun telah ‘bersara’ dan meneruskan perniagaannya.

Mula minat dengan motorsikal pada usia 16 tahun, beliau berjinak-jinak dengan dunia motorsikal dengan Yamaha RX sebelum berhijrah ke jentera yang lebih besar.

Bersama dengan 100kg peralatan dan alat, Faizal memulakan perjalanannya di seluruh dunia dengan beberapa orang member, bermula dari Kuala Lumpur ke China, Mongolia, Siberia dan seluruh Asia Tengah ke Eropah dan United Kingdom.

 

 

#4. Zainal Baharuddin

Menetap di Kuala Lumpur, Zainal dan pasangannya memang minat menggembara dan penggembaraan mereka ini adalah bercorak ‘slow, steady and easy’.

 Jangka masa pengembaraan adalah fleksibel dan boleh menjangkau hingga ke beberapa tahun lamanya.

Pada mereka, apa yang utama adalah keinginan melihat dunia sebanyak dan sejauh yang boleh.

Memilih motosikal Kawasaki Versys 650. Beliau adalah penunggang, manakala isterinya adalah jurukamera dan ‘gps reader’.Motosikal ini dipilih kerana ia tidak berat, berprestasi tinggi, mudah diselengarakan, tahan lasak dan selesa untuk ditunggangi dua orang.

Bermula pada tahun 2014,mereka sudah membuat penggembaraan bermotosikal lebih awal ke beberapa negara ASEAN iaitu ke Singapura, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam namun terpaksa menerbangkan motorsikal ke Nepal.

Dai Nepal, mereka ke negara India, Pakistan, Iran, Turki, Greece, Albania, Montenegro, Croatia, Bosnia & Herzegovina, Slovenia, Italy, France dan Spain. Ini mengambil masa selama enam bulan.

Tidak terhenti disitu, mereka meneruskan perjalanan ke benua Afrika yang membabitkan 21 buah negara dan mengambil masa sembilan bulan.

Pada tahun 2015 pula, mereka ke Argentina dan menjelajah benua Amerika pula. Keseluruhan menjelajah benua Amerika mengambil masa 22 bulan dan tamat pada pertengahan bulan Julai 2017, katanya mereka telah mengambil masa tiga tahun tiga bulan dengan perjalanan sejauh 119,095 km dan meliputi 61 negara.

 

#5. Hadi Hussein

Sama seperti kisah Alfishahrin ke London, sebenarnya Hadi telah melakukan perkara sama pada tahun 2010.

Hanya dengan menunggang Modenas GT128, Hadi membuktikan dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Perjalanan solo beliau dilakukan pada tahun 2010, dan menunggang sejauh 24,000 untuk sampai ke UK dan merentasi 24 buah negara.

Beliau berhasrat mengembara ke enam benua sepanjang hayatnya. Enggan menetapkan sasaran umur untuk berbuat demikian, katanya, selagi mempunyai kesihatan yang baik dan kesempatan masa, beliau akan meneruskan impiannya itu.

Perjalanan Hadi ni tak berhenti kat situ je guys. Pada tahun 2012, beliau pusing kepulauan Indonesia – Sumatera dan kembara ketiga iaitu Paris-Dakar, cumanya yang ini bukan menaiki Modenas GT138 tu.

Credit Foto : Moto Malaya.net

Dalam satu temuramah, Hadi pernah pesan. Kalau ada yang nak tiru dia, boleh...

Cuma yang penting seseorang itu perlulah 'kenal' dengan motosikalnya terlebih dahulu antara perkara asas perlu diketahui sebelum mahu mengembara dengan motosikal secara solo ialah, sama ada seseorang penunggang itu mampu mengangkat motosikal sendiri jika terjatuh atau tidak; boleh menukar mentol motor, minyak hitam, tukar atau tampal tayar bocor dan atau tahu penyelenggaraan absober atau tayar motor atau tidak.

 

Jadi, siapa kata mustahil kalau nak kembara ke seluruh dunia menggunakan motorsikal? Kalau betul jaga motor dan bersedia dari segi mental, fizikal dan financial, segalanya mungkin.

Nak tahu apa rahsia kalau korang nak lakukan perjalanan jauh atau nak dapatkan prestasi enjin yang lebih baik macam diorang ni?

Rata-rata menyebut bab selenggara motorsikal. Mana taknya, apa sahaja jenis kenderaan, kalau enjin tak dijaga boleh jahanam. Betul tak? 

Untuk dapatkan kepuasan enjin dan menjaga ketahanan enjin, pemilihan minyak pelincir adalah aspek utama. Korang pun sebenarnya boleh nak bawak jentera dua roda korang tu untuk perjalanan jauh, lagi-lagi kalau korang tahu pasal produk khas daripada Shell. Menerusi Shell Advance, pihak Shell ada keluarkan minyak pelincir khas untuk motorsikal yang menjanjikan prestasi yang terbaik untuk enjin. 

Dengan syarat, part-part lain pun kena pastikan diselerenggara dengan baik lah. 

Selain ada kerjasama dengan Ducati, Shell amat paham akan keadaan cuaca dan halangan-halangan yang bakal setiap penunggang motorsikal ni lalui. Sebab itu juga mereka keluarkan Minyak Pelincir Motorsikal Shell Advance.

Selalunya, apa yang berlaku kalau kita berjalan jauh? Enjin akan panas kan?

Sebenarnya, minyak pelincir daripada Shell ni telah dirumuskan untuk meyediakan perlindungan kepada enjin yang lebih baik iaitu sebanyak 25% pada suhu tinggi berbanding pesaing utama yang lain.

Selain melindungi enjin daripada cepat panas, Shall Advance menjanjikan perjalanan yang lancar dengan pengurangan bunyi bising pada enjin dan jugak gegaran disebabkan minyak pelincir.

Alang-alang dah cerita pasal kerjasama antara Shell dengan Ducati ni kan, nak selit lah sikit…

Korang jugak berpeluang untuk menang sebuah motor Ducati Monster tau. Hanya perlu beli mana-mana produk Shell Advance 4T sekurang-kurangnya RM25 dan ikuti syarat-syarat yang diorang tetapkan dekat sini :

PELUANG MEMENANGI SEBUAH DUCATI MONSTER

Kalau korang tak tahu nak dapatkan dekat mana minyak pelincir daripada Shell ni, boleh beli di Lazada dan korang tak perlu risau kena tipu sebab ni memang 'Official Store'

DAPATKAN MINYAK PELINCIR SHELL ADVANCE