Chop! Tangguh Plan Ke Bali Sementara Waktu, Lapangan Terbang Ngurah Rai Terpaksa Ditutup




Susulan letusan Gunung Agung, lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai, Bali terpaksa ditutup. Letusan terkini itu memuntahkan asap tebal dan abu setinggi 2,000 meter dan menyelubungi pulau pelancongan berkenaan.

Berita yang kami terima daripada pihak berkuasa menyatakan lapangan terbang terbabit ditutup sejak awal jam 3 pagi tadi (waktu tempatan) dan dijangka berterusan sehingga hari ini.

Menurut sumber, abu gunung berapi dijangka tiba ke kawasan lapangan terbang pada hari ini. Berikutan berita yang diterima, dijangka tempoh penutupan lapangan terbang itu perlu dikaji semula untuk keselamatan penumpang.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 48 jadual penerbangan sudah dibatalkan.