Danau Daun Chalets Bagaikan Percutian Di Alam Misteri



Betulah orang kata tak perlu pergi jauh pun kalau nak bercuti, segalanya ada di Malaysia. Minggu ini kami kongsikan satu lagi Chalets yang terletak di Janda Baik Pahang. Berbeza dengan destinasi lain, Danau Daun Chalets menyediakan penginapan bagaikan di alam misteri. Sangat sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan semasa bercuti.

Privasi yang tip top membuatkan Danau Daun Chalets menjadi pilihan buat mereka yang begitu inginkan ketenangan. Suasana yang mendamaikan serta di kelilingi denai menjadikan Chalets ini begitu indah sekali.

Best betul bangun pagi kalau keadaan macam ini. Rasa fresh jer kan?

Swimming pool ada di dalam rumah, kalau datang jangan lupa bawa pakaian mandi sekali

Bagi mereka yang teringin berlibut tanpa ganguan boleh lah datang ke sini. Dengan harga RM240 untuk satu malam menjadikan ianya sangat berbaloi.

Danau Daun Chalets

Alamat: Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750, Pahang

No Telefon: 010-239 7400