Destinasi Percutian Travel Pilihan Ramai Semasa Musim Panas

TRAVEL
June 27, 2018 - 04:35 PM


Kalau nak diikutkan, negara kita bukanlah negara bermusim. Kalau tak panas, hujan. Kalau tak hujan, panas. Kita tak alami perubahan musim dari musim bunga, musim panas, sejuk dan luruh. Musim yang kita ada mungkin musim buah-buahanlah, itu pun tak menentu.

Traveller luar pulak, diorang akan travel keluar negara mengikut musim. Kalau macam sekarang ni, bulan Jun sehingga Ogos, diorang akan alami musim panas. Kebiasaanya jugak, diorang jarang travel ke luar masa musim panas, disebabkan cuaca yang terlalu panas (pada diorang lah).

Untuk kita dekat Malaysia ni, mungkin korang akan suka ke tempat-tempat percutian pilihan ramai ni.

 

#1. Flores, Indonesia

Bila sebut pasal pulau di Indonesia, Bali memang ‘champion’ lah. Tapi sebenarnya kepulauan di Indonesia ni banyak lagi yang cantik-cantik dan jarang orang tahu.

Salah satu contoh adalah di Flores. Selain mempunyai satu bandar yang kecil, hidupan liar yang pelbagai, Flores jugak merupakan salah satu diving spot yang popular. Antara tarikan yang korang wajib pegi adalah melawat tasik tiga warna yang ada di Gunung Kelimutu ataupun pergi tengok biawak Komodo di Komodo National Park.

 

#2. Sapporo, Jepun

Selalu orang cakap Jepun sejuk, ha ni korang pegilah pada musim panas diorang pulak. Cuaca paling rendah adalah 16 darjah Celsius manakala tertinggi ialah 24 darjah Celsius. Kira macam korang duduk dalam office lah sejuk dia.

Kalau korang bernasib baik, dapat tengok bunga atau dipanggil hanami. Tak pun, pegi je picnic dekat Maruyama Park.

 

#3. Marrakech, Morocco

Salah satu negara yang dah tersingkir dalam saingan piala dunia tahun ini. Apa yang menarik di Marrakech ni adalah pemandangan dia yang mempunyai warna-warna yang menyerlah dan terang. Selain daripada alunan bunyi-bunyian yang sinonim dengan bandar ni.

Apa yang patut dicuba di sini adalah teh pudina yang ada di teahouse tradisional di kawasan ni. Tempat-tempat menarik pulak boleh cuba pergi ke Marrakesh Main Square atau dipanggil Djemaa el – Fna.

 

#4. Cape Town, Afrika Selatan

Bandar Cape Town menjanjikan pelbagai aktiviti-aktiviti outdoor untuk korang yang gemarkan aktiviti luar. Boleh cuba surfing, abseiling atau hanya melepak di Taman Botani Kirstenbosch. Pemandangan di sini memang cantik.

Kalau nak dapatkan pemandangan yang lagi menarik, cubalah hike Table Mountain. Kedudukan gunung yang menghadap laut ni memang menjanjikan pemandangan sunset atau bandar yang cantik.

 

#5. Bangkok, Thailand

Kalau korang cakap tempat-tempat sebelum ni jauh, ni ha ada yang dekat. Bangkok, Thailand. Salah satu destinasi paling popular di seluruh dunia.

Dari segi keramahan masyarakat tempatan, makanan yang pelbagai, banyak lah yang korang boleh tengok dan alami di Bangkok ni.

Kalau jenis minat nak masuk melawat temple, boleh ke Temple of Reclining Buddha, atau korang pegi je ke floating market.