Destinasi Wajib Singgah Untuk Penggemar Seni Di Tokyo – MORI Building Digital Art Museum




Kalau korang ada perancangan untuk ke Tokya dalam masa terdekat ni, korang wajib singgah di Mori Building Digital Art Museum ni. Dibawakan oleh Mori Building Co.Ltd, salah sebuah pemaju lanskap dan juga teamLab, pengumpul seni digital yang terkemuka di dunia.

Mula dibuka kepada orang ramai sejak 21 Jun lalu, muzium seni digital ini memaparkan lebih kurang 50 hasil seni yang interaktif! Dalam erti kata lain, kita boleh berinteraksi dengan hasil seni diorang.

Setiap hasil seni akan ‘dimulakan’ apabila korang melalui satu-satu kawasan sebab kesemuanya disertakan dengan sensor pergerakan. Selain tu, setiap karya akan bertindakbalas dengan pergerakan dan sentuhan. So, korang digalakkan sentuh dan ‘hidupkan’ karya-karya yang ada disini.

Apa yang menarik adalah, setiap karya ini tidak mempunyai pemisah. Ada yang akan melengkapi hasil seni yang lain, ada yang memenuhi segenap ruang pameran dan sebagainya.

Setiap hasil seni dihasilkan menggunakan 520 komputer dan 470 projektor. Namun, jika semuanya ditutup, ia hanyalah sebuah dewan kosong.

Diberi tajuk ‘borderless’ ataupun tanpa sempadan, tiada papan tanda, guide mahupun peta untuk pengunjung. Jadi, korang bebas nak pergi masa saja dalam muzium ini.

Dalam erti kata lain, korang tak akan dapat pengalaman seperti ini di mana-mana tempat di dunia. Sebab tu kitorang cakap, wajib singgah. Rasakan macam mana kelainan yang ada disini.

Kalau nak pegi, lokasinya ada di Aomi, Koto-ku, Tokyo 138 Odaiba Palette Town, Tokyo 135-0064, Jepun waktu lawatan bermula jam 11 pagi -9 malam (hari biasa), 10 pagi -10malam (sabtu) dan 10 pagi – 8 malam (ahad).

Bayaran masuk adalah 3200 yen atau RM115 untuk dewasa dan 1000 yen bersamaan RM36 untuk kanak-kanak. Pembelian tiket boleh dibuat di sini.  

Ini gambaran dekat dalam muzium ni :

 

Photo Credit : teamLab