Dubai Memperkenalkan Plat Pendaftaran Kenderaaan Digital Dengan Teknologi Seperti GPS Dan Pembayaran Tol Automatik

TRAVEL
April 12, 2018 - 10:17 AM


Seperti kita sediamaklum Dubai merupakan salah satu bandar terkaya di dunia. Dengan pemegang rekod mall dan menara tertinggi di dunia, Dubai sememangnya layak di gelar bandar teknologi. Seakan tidak percaya Dubai yang dikelilingi oleh padang pasing begitu pesat membangun. 

Terbaru Kerajaan Dubai baru-baru ini dilihat bakal menguji sistem plat pendaftaran digital untuk kenderaan-kenderaan di bandar tersebut.

Dengan sistem ini, kerajaan akan menguji sistem pembayaran automatik tol, parkir, saman dan pembaharuan kenderaan melalui pengesanan plat kenderaan. Dalam pada itu, ia juga akan hadir dengan sistem GPS terbina didalamnya, yang akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengesan kenderaan tersebut jika ia dicuri, ataupun hilang.

Ini bukanlah kali pertama sistem plat lesen digital digunakan. Kerajaan California juga telah mula menguji sistem plat lesen tersebut pada awal tahun ini, dan telah mula menggunakannya untuk tujuan yang sama.

Akan tetapi, terdapat beberapa pihak yang melihat sistem plat lesen baru ini sebagai satu pencerobohan privasi terhadap pemilik kenderaan, kerana dengan sistem GPS yang terbina didalamnya, pihak kerajaan Dubai boleh mengetahui lokasi kesemua kenderaan yang menggunakan sistem ini.

Sebelum ini kerajaan Dubai juga ada menguji sistem-sistem baru yang menarik seperti polis robot, kereta patrol swapandu dan perkhidmatan teksi terbang.

Kalau korang berpeluang ke Dubai pasti korang akan pelik disebabkan korang tak akan nampak tol tapi korang tetap kena bayar tol. Actually di sesetengah tempat di Dubai telah pun di letakkan kamera pengesan, dan di dalam kereta pula ada satu sticker elecktronic bagi memberi respond kepada kamera tadi. 

Selain itu, aku juga kagum dengan kenderaan polis yanga da di Dubai. Kalau korang jumpa kenderaan polis di dubai sila selfie ye.