Eloklah Baca Tip Ini Kalau Korang Nak Bercuti di Pulau-Pulau Malaysia




Bercuti di Pulau memang seronok. Lagi pula di Malaysia memang terdapat begitu banyak pulau yang cantik. Contohnya Terengganu, Johor dan Sabah. Most of pulau di sana memang sesuai untuk tenangkan fikiran oleh kerana airnya yang begitu jernih sekali. Namun, percutian di pulau hendaklah di buat persiapan sebelum ke sana. Berikut kami kongsikan 8 tips yang korang perlu tahu jika nak bercuti di pulau pulau Malaysia. 

1. PAKAIAN YANG SESUAI

Khas untuk Gegurl korang nak pergi pulau/pantai sibuk nak pakai high heel? Satu je nak tanya kau dah kenapa? Pergi pulau nie cara nak melawa dia bukan macam tu kak. Travel ke Pulau kita banyak berjalan. Jalan pula atas pasir lembut, atas tanah. So bermula dari kasut hinggalah baju memang perlu yang simple-simple jer. Pakai selipar/sandle bertali dan Pakaian pula yang mudah kering dan ringan. Lagi cepat kering lagi bagus. 

2. GUNA BAG JENIS BACKPACK

Pakai beg luggage yang beroda bukan masa yang sesuai untuk Percutian ke Pulau. Melainkan beg beroda anda memang jenis boleh tukar-tukar tayar besar dan berbunga ala-ala 4WD. Kalau boleh dan wujud luggage macam tu lah. 

Klu tak wujud jangan bawak. Maka bawaklah Backpack untuk mudah pikul. Kadang-kadang jetty jauh sekilo bang kene pikul bag. hahah

3. MINUM BANYAK MINERAL WATER

Setengah chalet/resort memang sediakan air minum yang banyak namun ada sesetengah hanya sediakan air minum panas saja untuk buat air manis. Jadi cara terbaik bawaklah stock air mineral anda sendiri. Minum banyak air. 

Cuaca sekarang bila panas. Panas terik betul. Jadi elak badan hiderasi dan silap-silap anda boleh demam.

4. TOILETRIES

Sama juga seperti air. Tak semua chalet sediakan shampoo/sabun maka anda boleh bawa siap-siap. Ada setengah chalet cermin bilik air pun tak ada. So masukan sekali cermin kecik jika perlu tau.

5. SEDIAKAN CASH SECUKUPNYA

Nak cari ATM tengah pulau memang payah bang. Kalau kene pulau besar mcm Pangkor/Langkawi ok. Boleh gagah keluar naik kereta/motor sewa cari. Tapi kalau kena pulau Rawa, Redang, Perhentian, Lang Tengah mana nak nak korek? Jadi keluar lebih sikit tak apa sebagai 'emergency' kalau jadi apa-apa.

6. SUNBLOCK / SUNSCREEN

Pergi pulau nak duduk bilik? Awak bercuti di Bukit Tinggi je lah. Dah lah nak sampai ke Pulau Cantik-cantik nie setahun sekali. Kalau takut panas nak duduk bilik tak yah datang. hehe. 

Kulit anda mudah tergelupas, melecet, terbakar (sunburn) kalau tak pakai apa-apa protection seperti sunblock. Pergi 3 hari tapi dia punya effek boleh cecah 2 minggu tau.

90% aktiviti best di pulau tuh semua outdoor. Namun dia boleh berubah 90% aktiviti indoor tu menarik kalau awak pergi pulau untuk bulan madu. Ahak.

7. LIFE JACKET (JAKET KESELAMATAN)

Tak kisah lah korang bekas perenang olympik atau bakal masuk ke olympik dalam acara renang 2018 nie. Keselamatan tetap di utamakan. Bila mana guide minta untuk pakai jacket pakai jangan nak tunjuk teror sgt. Ingat keselamatan tetap kita utamakan walau sedang bercuti.

8. DRYBAG / CASING WATER PROOF

Setengah resort kadar security di bilik agak kurang menyenangkan. Jadi cara terbaik bawak drybag dan bawak barang2 penting. Selain itu anda mungkin nak ambil gambar masa dalam air jadi bawa sekali siap-siap casing phone yang water proof. Ada kedai serbaneka resort yang jual juga kadang-kadang tapi 'harga kapak' lah macam biasa.hehe

ADA PLAN NAK PERGI PULAU?

Kalau ada bantu PM kami sekarang sbb kami nak bagi anda pakej percutian pulau kami yang amatlah berbaloi mengikut budget anda. Selain kami juga akan recommended resort yang bagus kalau anda ada plan nak bulan madu di pulau. 

Nak call direct boleh sini : 6013-487 5735

Info lanjut boleh layari www.pulaumalaysia.my