Fakta! 6 Negara Alami Tempoh Puasa Paling Lama



Bayangkan berpuasa selama 22 jam. Fuhhh hanya ada masa 3 jam je untuk makan sahur semua tu. Kita yang berpuas belas jam pun asyik merungut jer..

Jom kita tengok negara mana yang tersenarai. 

1. Iceland -  22 Jam

Nama pun Iceland kan, memang sejuk dan faktanya hanya sekitar 300-400 orang sahaja Muslim yang tinggal di sini. Kebanyakan mereka juga tinggal di Reykjavík dan ada masjid yang dibina sejak tahun 2002 untuk golongan kecil ini. Muslim di sini harus berpuasa sebanyak 22 jam iaitu dari jam 2 pagi hingga waktu berbuka 12.00 pagi, maknanya mereka hanya ada 2 jam sahaja untuk berbuka dan sahur sekali. Dah la kena berpuasa dalam cuaca yang sejuk, makan pula sekali sehari dalam masa dua jam, tak boleh bayangkan macam mana mereka lakukan aktiviti harian sambil berpuasa. 

2. Greenland - 21 Jam

Negara greenland sama la macam Iceland sejuknya, sebab itu tempoh berpuasanya pun lebih kurang sama iaitu sebanyak 21 jam dari 2.16 am hingga 11.14pm. Jarak antara dua negara ini macam Malaysia dengan Indonesia, sebelah menyebelah sahaja, bezanya Greenland ini tersangat besar jika nak dibandingkan dengan Iceland. Walaupun di sini agama yang paling banyak dianuti ialah agama Kristen, namun ada juga sebilangan orang yang menganuti agama Islam. Nasib baik di sini ada sebuah Masjid di Kota Nuuk yang dinamakan Mosque of Tawheed, masjid inilah tempat muslim di sini beribadah, mempelajari al-quran dan berbuka puasa bersama

3. Norway -20 Jam

Norway ini terletak di negara Eropah dan merupakan kawasan yang kedua terbesar penduduk islamnya. Lebih kurang 70 ribu lebih penganut Islam di Norway terutama di daerah Oslo dan Akershus. Namun kebanyakkan muslim ini adalah pendatang dan bukannya penduduk asli Norway. Pakistan, Iraq dan Somalia mencatat jumlah pendatang islam yang paling tinggi. Penduduk di sini hendaklah berpuasa selama 20 jam tapi tak susah mana untuk mereka berpuasa di sini kerana terdapat banyak makanan halal dan suasana pun selesa.. Macam biasa, Norway ini juga terletak berdekatan dengan Iceland dan Greenland, sebab itu tempoh masa lebih kurang. 

4. Finland - 20 Jam

 

Negeri ini mempunyai dalam 50 ribu penduduk beragama Islam dan kebanyakkan tinggal di Helsinki. Negeri ini salah satu kawasan yang selesa untuk pelancong muslim berkunjung kerana kebebasan beragama dan sesuai untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara kerana sistem pendidikannya antara yang terbaikdi dunia. Muslim di sini juga berpuasa dalam 20 jam dari 2.26am sehingga 10.24pm.

5. Sweden - 19.5 Jam

Sejak beberapa tahun bulan puasa di sini jatuh pada musim panas dan rakyat disini perlu berpuasa lebih kurang 19.5 jam. Tetapi berpuasa pada musim panas di sini tidaklah begitu sukar kerana musim panasnya tidaklah terlalu panas macam cuaca kita di Malaysia. Disebabkan itulah muslim di Stockholm masih boleh menjalankan ibadah puasa dengan sempurna kerana terdapat banyak kemudahan disediakan buat umat Islam seperti ruang solat dan restoran makanan halal. Di Sweeden juga terdapat banyak umat Islam dan tiada deskriminasi yang dilakukan terhadap muslim di sini, jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan anda. 

6. Russia - 19 Jam

Russia adalah negara terbesar di dunia dan Moscow merupakan ibu kota negara tersebut yang dari tahun ke tahun makin meningkat bilangan umat islamnya sehingga mampu menjadikannya sebagai kota Muslim terbesar di Eropah. Umat islam di Moscow ini berpuasa selama 19 jam sehari dari jam 1.49 pagi sehingga 8.56 malam. Agaknya memang semua negara Eropah sememangnya akan berpuasa lebih daripada 18jam iaitu lebih lama daripada kita di Malaysia

untuk menempah pakej travel boleh ke https://www.rarecation.com