Fakta Menarik Tentang Pasangan Yang Menunggang Motor Ke London.

TRAVEL
November 16, 2017 - 02:39 PM


 

Siapa sangka, dengan menunggang motorsikal kita mampu sampai ke London. Pada awalnya kedengaran mustahil. Tapi itulah yang telah berjaya dilakukan oleh pasangan suami isteri Mohd Alfishahrin dan Diana Latief.

Walaupun pengembaraan mereka sebenarnya berakhir 31 Ogos yang lepas di London, namun cerita mereka viral di media sosial semenjak dua ini.

 

Ini ada 8 fakta yang kita kena tahu pasal pengembaraan mereka :

 

#1. Mereka berdua berhenti kerja demi pengembaraan mereka.

Ya, pasangan ini sebenarnya bekerja di sebuah bank sebelum mereka berhenti dan menggunakan duit hantaran perkahwinan mereka untuk ke London.

 

#2. Kembara mereka mengambil masa 146 hari!

Jumlah hari yang mereka habiskan untuk kembara ini adalah selama 146 hari menaiki motorsikal dan pulang ke Malaysia menggunakan kepal terbang dan motor mereka dipos menggunakan kapal.

 

#3. Perjalanan hampir 25000 km

Menurut Facebook Alfishahrin, beliau memang meminati touring, jadi idea bermotorsikal ke London ini memang menjadi impiannya. Perjalanan mereka menaiki motorsikal sehingga ke Perancis dan mengatakan ada dua cara dari sana untuk ke UK. Jumlah jarak yang mereka lalui ialah 25000 km.

 

#4. Kembara ke 24 negara!

Ada yang mengatakan mereka menjejakkan diri ke 25 buah negara termasuklah Iran, Turki, Belanda dan Swiss.

 

#5. Habis RM2800 untuk kos minyak

Mereka menghabiskan Rm2800 untuk petrol sahaja. Perjalanan mereka hanya menggunakan motorsikal jenis Honda RS150. Paling murah kata beliau ialah RM1.20 seliter dan ada di satu tempat sampai 9 ringgit seliter!

 

#6. Selenggara motorsikal setiap 3,000km

Walaupun ada misi, namun aspek penyelengaraan motor tidak pernah diketepikan. Menurut pasangan ini, mereka akan servis motorsikal setiap kali 3000 km.

 

#7. Hadapai pelbagai jenis keadaan yang mencabar

Sepanjang perjalanan mereka ke 24 buah negara ini, mereka berdepan dengan pelbagai keadaan seperti jalan licin, jalan tak rata, faktor cuaca dan tambah mereka, perjalanan yang paling mencabar ialah ketika di India.

 

#8. Total perjalanan menelan kos RM40,000

Pengembaraan mereka ini nampak mustahil, tetapi berjaya dilakukan. Kos kesemua perjalanan mereka hampir 40 ribu. Namun mereka juga menerima beberapa penajaan untuk mengurangkan kos tersebut.

 

Kalau korang nak tahu cerita lengkap, ataupun nak tahu macam mana diorang ni boleh buat atau nak mintak tips, boleh ke Facebook Alfishahrin sendiri.

 

Sumber : Facebook | Mohd Alfishahrin | Diana Ann