Guna Google Map Untuk Tanda Tempat Yang Hendak Dilawati Semasa Travel.

TRAVEL
November 09, 2017 - 05:36 PM


Sebelum nak travel, kebanyakkan pada kita akan browse dan buat research sikit kan ke tempat-tempat yang menarik. Tapi kadang kala, masa travel kita rasa semua tempat nak pegi, last-last tujuan asal tak sampai.

Ini ada satu trick sebenarnya dekat Google Map.

Bila bukak Google Map dekat phone, perasan tak ada bila kita enter nama lokasi, dekat bawah direction tu ada pilihan call,save,label dan download. (berbeza mengikut versi Google Map korang)

Tekan pilihan ‘save’. Lepas tu, akan ada 3 lagi pilihan, sama ada favourite, want to go atau starred places.

Korang sebenarnya boleh tandakan tempat yang korang nak lawati dengan fungsi ini. Tekan want to go, nanti akan ada ikon bendera hijau ditandakan dekat tempat yang kita nak pergi tu.

Secara tak langsung, bila kita dengar atau terbaca tempat-tempat yang menarik. Misalnya port makan best dekat Kuala Lumpur, kita cuma perlu bukak Google Map, lepastu masukkan nama tempat tu, pilih save. Jadi, bila kita lalu dekat kawasan tersebut, kita dah boleh nampak bendera hijau tu menandakan, kita nak ke sana.

Mudah kan? Tak ramai tahu tentang fungsi ini sebenarnya.

Misal kata korang nak tengok balik list yang korang dah save pulak, 1) tekan garisan sebelah search bar tu, dan akan keluar banyak pilihan. 2) Pilih ‘your places’ dan pergi ke tab Want to go tadi. 3)  Semua list tempat yang kita nak lawati tu ada kat situ.

1.

2. 

3.

 

Jadi, lepas ni… kalau misalnya korang nampak tempat best dekat insta, tekan je lokasi tersebut, terus save dekat google map korang semua supaya tak terlepas. Kenapa ia memudahkan? Sebabnya kalau kita salin dekat tempat lain, kita mesti akan terlupa mana kita save ataupun kita lupa yang kita pernah nak melawat tempat tu.

Korang cubalah, mesti tak telepas tempat korang nak try tu nanti…