Homestay di Kundasang Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu



Sabah memang terkenal dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Apabila bercuti di sini kami memang akan mencari homestay yang mempunyai pemandangan Gunung KInabalu.

Berikut kami kongsikan 5 homestay dengan pemandangan gunung kinabalu. Mencari penginapan di daerah pelancongan Kundasang, Sabah sebenarnya tidak susah. Ini kerana banyak hotel pelbagai taraf dan bintang boleh didapati di merata tempat, sama ada yang berdekatan dengan Taman Negara Kinabalu, mahupun di Pekan Ranau. Hotel-hotel ini juga mudah dihubungi secara online. 

1. Hounon Ridge Homestay

Homestay ini terletak lebih kurang 36 minit dari pekan Kundasang. Jalannya agak sempit, curam dan berbatu-batu. Lampu jalan jugaagak kurang dan berbahaya jika memandu di waktu malam.

Homestay ini menyediakan pelbagai jenis bilik untuk penginapan seorang, berpasangan ataupun keluarga termasuk dorm. Bagaimanapun, homestay ini paling sesuai bagi yang berminat untuk berkhemah. Pemandangan Gunung Kinabalu sangat memukau terutamanya di waktu pagi.

Tel: 013-8506463

2. Midori Homestay Kundasang

Homestay ini juga terletak di Kampung Mesilou dengan suasana kampung dan persekitaran yang cantik dilengkapi landskap berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Lokasinya yang terletak jauh dari kesibukan Pekan menjanjikan udara yang nyaman. Halamannya rumahnya juga luas berpagar untuk memastikan anak-anak bermain dengan selamat. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan untuk penginapan seisi keluarga.

Tel: 016-5820181

3. Kiram's Village

Homestay berasaskan kabin kayu ini dikelilingi tanaman bunga-bungaan mempesonakan, sesuai untuk keluarga yang menginginkan percutian dengan persekitarann alam semula jadi. Nama-nama kabinnya juga unik seperti Strawberi dan Asparagus. Selain pemandangannya yang cantik, satu lagi keistimewaan penginapan ini ialah menyediakan cafe bagi keluarga yang tidak mahu memasak.

4. Big Rock Homestay Kundasang

Menyediakan kemudahan yang sederhana dengan harga berpatutan untuk keluarga yang inginkan percutian jauh dari kebisingan kota raya. Mulakan pagi anda dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan dan suhu dingin.

Jangan lupa untuk membawa jaket tebal kerana suhu di penginapan yang terletak di Kampung Mesilau ini boleh turun dengan mendadak.

Tel: 0198625806

5. The Little Hut

Homestay ini terletak di Kampung Mesilau dan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang megah. Terletak lebih kurang 30 minit dari Pekan Kundasang, homestay ini menawarkan penginapan untuk 2-5 orang dengan harga berpatutan.

Sesuai bagi mereka yang menggemari suasana ala kampung kerana kawasan sekeliling homestay ini dikelilingi kebun sayur yang luas.

Tel: 0168601416