Hujung Minggu Di Ubud, Bali - Bajet Hanya RM300



Sebut tentang Bali, mesti kita terbayang pantai yang cantik, rangkaian pemandangan yang indah dan macam-macam lagi. Ada kalanya, bila sebut tentang Bali ni, orang akan terfikir ‘honeymoon’. Mana taknya, dengan persekitaran yang kebanyakannya pantai yang ‘menghidangkan’ panorama matahari terbenam, ramai yang memilih Bali sebagai destinasi untuk berbulan madu.

Selalunya, antara tempat yang sering disebut adalah Kuta, Seminyak, Sanur dan lain-lain. Kebiasaannya, tempat – tempat ini adalah tempat tarikan atau boleh dikatakan kawasan yang paling banyak pelancong dan harga makanan, barangan dan penginapan agak mahal.

Untuk korang yang nak ketenangan, tapi nak jugak ke Bali, kami ada cadangan. Cuba ke Ubud. Satu daerah yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada Denpasar. Jika korang nak habiskan masa hujung minggu, dan bermodalkan RM300 dan mungkin murah lagi (tak termasuk penerbangan dan makan).

Kami cadangkan ke sini!

Untuk iteneri 3 hari 2 malam ke Ubud, bermodalkan kurang dari RM300 korang boleh jadikan ini sebagai panduan.

#1. Tinggal Di Airbnb

Boleh dikatakan sekitar Ubud ada banyak Airbnb dan hostel yang selesa dan murah. Sebagai contoh, perkongsian daripada Aryl Je, rumah ini kosnya RM116 untuk 2 malam atau korang boleh cari hotel murah Ubud, Bali

#2. Sewa Motorsikal

Rata-rata pelancong ke Ubud ni akan menyewa motorsikal. Kos, untuk sehari bergantung pada pengusaha yang jalankan operasi dia. Tapi kalau korang pandai, dapat RM36 untuk dua hari. Nak naik grab boleh jugak, tapi mahal sikit daripada sewa motor.

Iteneri 3 Hari 2 Malam Di Ubud

Hari pertama :

Disebabkan Ubud ni dekat dengan beberapa daya tarikan pelancong yang popular, jadi korang boleh habiskan dalam masa satu hari.

Contohnya, kalau korang tinggal berdekatan pekan Ubud atau kawasan Perliatan, sampai-sampai tu korang rehat dulu. Belah petang, boleh ke :

Ubud Art Market (free)

Pura Taman Saraswati (siang free, malam IDR 200,000)

  • Sebabnya malam bermula jam 7.30 ada tarian kecak dan tarian tradisonal yang dipersembahkan so malam, dia charge. 

Muzium Seni NEKA (IDR 50,000)

Muzium Seni Agung Rai (ARMA) (IDR 60,000)

Kos = IDR 310,000 (RM85)

Kalau nak makan, kawasan Ubud ni banyak kedai, cuma kena cari yang Halal. Biasanya makan, kalau dekat warung, tak sampai IDR 20,000 untuk seorang (ini bergantung dengan korang makan apa lah).


Contoh Bakso tepi jalan ni IDR 5,000 termasuk Teh Es tu. 

Hari Ke-2

Keluar awal pagi; pergi ke :

  1. Tegalallang Rice Terrace (free)

  • Nak masuk ke kawasan Tegallalang ni memang free, cumanya di dalam perjalanan nanti akan ada ‘tol’. Ibarat korang bagi sumbangan ikhlas dekat tuan empunya tanah dekat situ. Masuklah seikhlas mungkin. Tips (masuklah IDR 10,000 – baru 2 Ringgit!)
  1. Cuba kopi Luwak

  • Di sepanjang jalan kawasan Tegalallang ni, ada banyak tempat yang jual kopi luwak. Dalam masa yang sama, korang boleh tengok macam mana proses diorang buat kopi tu. Tapi ni bagitau awal-awal, secara tradisional. Bukan kilang.

  • Korang akan diberikan 8 jenis minuman. 3 jenis teh, 1 minuman coklat, 4 jenis kopi biasa (ini semua kebiasaannya FREE. Cuma untuk cuba kopi Luwak, kebanyakan tempat akan letak harga IDR 50,000 (RM 13).
  1. Pura Tirtha Empul

  • Tirtha Empul ni tempat beribadat untuk kaum Hindu di Bali. Diorang akan ke sini untuk bersihkan diri dan mandi. Bayaran masuk IDR 15,000 (RM4). Korang akan diberikan kain untuk dipakai, macam kain batik tu. Pakai je sebagai menghormati adat dekat sana.
  1. Gunung Kawi Tampaksiring

  • Pura Gunung Kawi, atau Gunung Kawi Tampaksiring ni kawasan kuil yang lama yang didirikan atas bukit. Yes, korang kena memanjat sikit untuk ke sini. Bayaran masuk IDR 15,000 (RM4).
  1. Goa Gajah

  • Disebabkan majoriti kaum di bali menganuti agama Hindu, memang kebanyakan kuil berkaitan Hinduism. Goa gajah ni sama jugak, dan dewa yang disembah dekat sini adalah Dewa Ganesha yang berkepala Gajah.
  • Bayaran masuk IDR 15,000 (RM4)
  1. Ubud Monkey Forest

  • Tak sah kalau ke Ubud kalau korang tak jejak ke sini. Antara kawasan yang sering dilawati oleh pelangong jugak ni. Dekat sini, nama pun monkey forest, jadi korang akan jumpa banyak monyet-monyet yang ‘menjaga’ kawasan ini.
  • Tips : berhati-hati dengan monyet, jangan bagi makan dan sebagainya.
  • Bayaran masuk : IDR 50,000 (RM13)

Kalau korang pandai susun, boleh settle dalam satu hari. Cuma, nasihat kitorang, mulalah dari Tegalallang, sekurang-kurangnya tak adelah korang berjalan tengah panas nanti.

Kos hari ke-dua : IDR 155,000 (RM 42)

Hari Ke-3

Biasanya hari ke-3, korang dah ready nak naik kapal terbang balik ke KL. Tapi, boleh je kalau nak shopping sakan dulu dekat kawasan Kuta.

Ada banyak shopping mall, ada banyak kedai-kedai jual cendera mata. Cuma, jangan kena scam sudah. Sebagai penambahan, korang boleh cuba kalau nak masuk ke :

  • Tanah Lot – ni dah dekat dengan airport IDR 60,000 (RM16)

  • Campuhan Ridge Walk

  • Uluwatu Temple

 

Jadi, total korang habis adalah IDR 465,000 (RM130) + RM 120 (Airbnb) + RM 35 (sewa motor) = RM285, tak lebih RM300 pun. Kalau ada bajet lebih, stay-lah dekat hotel-hotel yang best.