Hutan-Hutan Cantik Yang Korang Kena Pegi, Salah Satunya Ada Di Malaysia!




Walaupun kawasan hutan semakin hari semakin berkurangan, tetapi kira-kira 31% permukaan bumi kita ni sebenarnya dilitupi oleh hutan.

Kalau korang nak tahu, hutan yang ada di Malaysia ni hanyalah salah satu daripada jenis-jenis hutan yang ada di muka bumi iaitu Hutan Tropika. Lagi dua jenis adalah hutan sederhana dan hutan boreal ataupun hutan salji.

Ketiga-tiga hutan ni mempunyai tumbuhan unik yang kebiasaanya mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia menyesuaikan diri di kawasan tersebut, sesuai dengan iklim yang ada di situ. Sebagai contoh, kebanyakan tumbuhan di hutan boreal akan berbentuk runcing macam pokok konifer atau spruce.

Disebabkan kelainan iklim dan cuaca inilah menjadikan hutan ini sesuatu yang unik dan bagi penggemar alam semulajadi ni, hutan adalah salah satu ‘port’ untuk tenangkan fikiran.

Jom kita tengok hutan mana yang tersenarai antara hutan yang paling cantik di dunia.

 

#1. Pa Phru Tha Pom Khlong Song Nam, Thailand

Terbelit lidah nak menyebutnya, tapi maksud disebalik nama ni adalah dua terusan air. Disini, airnya sungainya warna biru selain daripada kecantikan hutan paya bakau yang ada disana.

Dikatakan warna air tersebut menjadi unik macam tu disebabkan percampuran air sungai dan air laut pada satu-satu masa ketika fenomena air pasang.

 

#2. Tsingy de Bemaraha Strict Nature Reserve, Madagascar

Selain diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO, Tsingy ini merupakan habitat semulajadi pelbagai spesis haiwan terancam seperti 11 spesis Lemur dan Red Forest Rat yang hanya terdapat di kawasan ini.

Lanskap unik hutan ini juga unik disebabkan lapisan dan pembentukan lapisan batu kapur yang seakan-akan terukir akibat hakisan daripada hujan dan dipanggil sebagai karst.

 

#3. Dragon's Blood Forest, Socotra, Yemen

Sekali pandang, korang mungkin ingatkan ini adalah lanskap di luar angkasa. Dengan bentuk tumbuhhan yang pelik dan kawasan berbatu, hutan yang terletak di kepulauan Socotra ini dikatakan terpisah dari tanah besar Arab kira-kira 34 juta tahun dulu.

Lebih menarik lagi, 37% daripada tumbuhan yang berada di sini tak boleh dijumpa di tempat lain.

 

#4. Otzarreta Forest, Basque Country, Spain

Hutan Otzarreta yang terletak di utara Sepanyol ini terkenal dengan gelaran Hayedo de Otzaretta yang mana heyedo tu maksudnya pokok beech.

Di sebalik nama tempat ini pulak, ia sebenarnya diberikan oleh para pendaki dari Basque yang sering mendaki kesana dan menjadikan rujukan semasa mendaki.

 

#5. Rainbow Eucalyptus Forest, Hawaii, United States

Selain terkenal di Filipina, pokok pelangi jenis eucalypus ini kelihatan macam diconteng. Dengan warna pelangi yang cerah dan menyerlah, memang nampak menarik dan cantik.

Asalnya kulit luar pokok ini berwarna hijau, namun lama kelamaan kulit luar ini akan terkopek dan warna hijau pada batang pokok ini akan menjadi pudar dan akhirnya mendedahkan batangnya yang berwarna pelangi.

 

#6. Hallerbos Forest, Belgium

Kalau hutan yang di Belgium ni, tarikan dia adalah pada bunga biru yang memenuhi lantai hutan. Kalau selalu, lantai hutan akan dipenuhi dengan daun-daun mati kan?

Bunga Bluebell disini memenuhi segenap lantai hutan dan memang pemandangan dekat sini ibarat dalam cerita dongeng dan fantasi. Selain itu, pokok oak dan beech yang tumbuh disini membentuk sempadan semulajadi antara West Frankish dan East Frankish satu masa dahulu lah.

 

#7. Crooked Forest, Poland

Kebiasaanya pokok akan tumbuh tegak, tetapi disini 400 pokok pine yang tumbuh didapati membengkok 90 darjah di pangkal pokok.

Selain menjadi antara hutan yang paling bermisteri di dunia, pelbagai teori telah dikaitkan dengan kejadian yang berlaku antaranya adalah petukaran daya tarikan gravity di kawasan tersebut dan ada juga mengatakan ianya bengkok disebabkan beban salji yang menimpa ketika musim sejuk.

 

#8. Yili Apricot Valley, China

Berkeluasan lebih kurang 5000 ekar, Yili Apricot Valley yang terletak di Xinyuan ini adalah sebuah oasis yang dipenuhi dengan pokok apricot.

Warna merah jambu terhasil apabila bunga buah apricot tersebut mengembang dan kalau nak tengok pemandangan yang awesome ni, dinasihatkan datang ke sini pada bulan April sebabnya masa inilah bunganya akan mekar.

 

#9. Sequoia National Forest, California, United States

Selain dikenali sebagai “land of the giants” hutan disini terdiri daripada pokok terbesar di dunia iaitu pokok sequoia.

Pokok yang paling tinggi disini dipanggil pokok General Sherman, sempena dengan general yang terlibat semasa perang saudara di US. Dikatakan ketinggiannya adalah 275 kaki dan selebar 100 kaki dan telah hidup selama lebih daripada 2000 tahun.

 

#10. Taman Negara, Malaysia

Salah satu kawasan hutan yang terkenal di Malaysia dan merupakan hutan hujan yang tertua di dunia! Dikatakan sekarang berumur 130 juta tahun.

Selain boleh melihat flora dan fauna yang ada disini dengan berjalan kaki, korang boleh juga melihat pemandangan disini menggunakan bot dan menyusuri sungai.

Dengar cerita canopy walk ada, namun ditutup untuk proses pembaikan.