Idea Dan Konsep Reka Bentuk Hotel Untuk Masa Hadapan



Reka bentuk hotel dan hiasan dalaman adalah salah satu faktor yang diambil kira sebelum sesetangah daripada pelancong berhasrat untuk menginap di satu-satu hotel.

Bercakap soal konsep, sebuah firma yang dikenali sebagai Radical Innovation sering mencari konsep-konsep baru dalam dunia perhotelan yang dimana pada mereka konsep tersebut mampu mengubah industri ini satu hari nanti.

Dengan kriteria yang mudah iaitu, persekitaran hotel yang kreatif dan inovatif, mereka mengalu-alukan idea dan konsep terbaru untuk diberikan anugerah.

Untuk tahun ini, beberapa finalis telah terpilih dan memang konsep-konsep yang dibawakan setiap hotel ini adalah lain daripada yang lain.

 

#1. Suite Pandu Sendiri

Autonomous Travel Suite adalah kombinasi pengangkutan dan hospitaliti menggunakan kenderaan yang dipandu sendiri. Bilik hotel jenis suite ini mempunyai ruang tidur, ruang bekerja dan juga tandas. Ia membolehkan tetamu menggunakan masa dengan produktif semasa dalam perjalanan.

Menggunakan aplikasi di telefon pintar, kenderaan ini akan tiba di pintu tetamu dan membawa ke fasiliti Autonomous Hotel yang berdekatan. Dalam erti kata lain, selain menjadi sebuah bilik tidur, ia juga adalah kenderaan sewa.

 

#2. Hotel Aquaponik

Konsep yang diketengahkan oleh hotel ini adalah sumber yang boleh diguna semula dan menggunakan sistem akuaponik. Menggunakan bahan buangan daripada ikan, ia akan membekalkan nutrien kepada tumbuh-tumbuhan untuk hidup secara hidroponik.

Tumbuhan ini kemudiannya akan membersihkan air secara semulajadi. Lebih menarik, reka bentuk hotel ini membolehkan sistem penggunaan semula air hujan yang akan terus dikitar semula penggunaannya dalam hotel.

 

#3. Le Colline Incantate Hotel

Susah pulak nak menyebut namanya, tapi konsep yang diketengahkan adalah ‘retreat’ resort untuk single parents dan anak-anak mereka.

Hotel ini memberikan zon selesa dan persekitaran yang sangat terkawal  kepada pengunjung selain keseluruhan struktur hotel akan dilitupi oleh tumbuhan . Arkitek yang membina hotel ini nanti akan berkerjasama dengan pakar psikologi bagi mewujudkan program yang terbaik untuk pengunjung mereka.

 

#4. Room Extension Solution Hotel

Pemenang anugerah rekabentuk pelajar terbaik 2018, hotel ini menggunakan teknologi kenderaan tanpa pemandu. Hotel ini bertindak sebagai penambahan kepada bilik hotel sedia ada dan memfokuskan penggunaan masa dengan optimum dan efisyen.

Selepas turun dari kapal terbang, pengunjung akan disambut di balai ketibaan sebelum proses check-in pantas dilakukan. Selepas itu, mereka akan dibawak ke bilik hotel mobile yang mana dalam bilik itu nanti akan dimuatkan katil dan tandas. Sama macam konsep kedua tadi, kenderaan ini akan menuju ke tempat yang disediakan.

Kenderaan ini akan kekal sebagai sebahagian daripada bilik hotel.

 

#5. Floating Hotel

Sebelum ni kita tahu yang di Vietnam atau Thailand ada floating market kan? Selepas ini mereka merancang untuk mengadakan hotel terapung pulak. Sekurang-kurangnya idea dan konsep dah ada.

Hotel ini nanti akan menggabungkan tradisi perikanan tempatan dan pelancongan kepada eco-tourism. Menggunakan sangkar ikan dan ruang yang ada, hotel ini mengalakkan pengunjungnya untuk mengalami sendiri dan mengambil bahagian dalam penangkapan ikan.

Macam mana? Menarik kan idea-idea ini. Cumanya pada kami, selamat atau tidak nanti? Sedangkan kenderaan tanpa pemandu Uber pun masih 50/50 statusnya, apatah lagi nak tidur dan menginap pulak dalam tu nanti. Sementara tu, kalau korang nak tengok 10 Hotel Paling Unik Di Kuala Lumpur, ada jugak.