Ikuti Tip Ini Untuk Jadikan Itinerary Travel Anda Lebih Menarik Dan Berbaloi

TRAVEL
November 03, 2017 - 03:01 PM


Saya tengok kt group group Travel FB asyik ada orang suruh pm itinerary mereka. Sebab nampak best dan senang kan kalau follow itinerary orang.

Sebenarnya untuk saya - Lagi best bila saya merancang sendiri percutian saya. Saya tak pernah suka beli pakej melalui agensi (kebelakangan ni banyak je kes penipuan). Dah lah saya ni macam OCD sikit. Selagi tiket takde kt tangan , sure stress.

Ini steps saya guna setiap kali saya ingin melancong.

1. Pastikan cuti diambil terlebih dahulu. Takde guna nak plan sesuatu yang kamu belum pasti dapat pergi ke tak.

2. Guna kayak.com untuk melihat perbandingan antara harga tiket kapal terbang. Saya biasanya guna website ni untuk cari tiket yang termurah, lepas tu akan pergi ke website rasmi untuk beli tiket.

3. Untuk yang backpacker, boleh check HostelWorld.. dalam tu ada banyak hostel murah. Boleh juga dapat private dorm dengan private bathroom especially Klu u plan pergi dengan kawan.

Untuk yang pergi dengan keluarga - nak cari hotel , boleh guna agoda atau airasiago.

4. Search "Top 10 things to do" di tempat yang anda hendak pergi. Setiap negara mempunyai keistimewaan nya. Buat kajian terlebih dahulu supaya anda tidak tertinggal benda best.
Pastikan itinerary anda flexible and ada hari free. Supaya Bila anda sampai sana, Tak payah rush mcm budak2 yang pergi dengan pakej. Klu tiba2 nak shopping, Tak payah terkejar kejar mencari masa.

5. Bukan semua aktiviti memerlukan duit. Macam museum di Paris, ada masa yang entrance dia free. Sebab tu u kena check dulu. Duit lebih tu guna lah shopping.

Atau walking street di Dublin. Best gile bersiar siar di situ.

 

 

6. Elakkan "Tourist Trap Spots". Jangan makan di tempat yang ada ramai pelancong. Biasanya makanan yang sedap dan murah takde di situ.

Untuk yang beragama Islam atau melancong dengan Kawan Muslim, boleh check Zabihah.com. Dalam tu ada senaraikan kedai kedai halal di seluruh dunia.

7. Beli tiket "Attraction" awal. Kalau nak pergi Disneyland etc, beli lah online! Senang gile. Sampai je kt situ, boleh masuk terus. Tak payah queue lama.

8. Kalau nak buat day trips , boleh check viator.com. Saya dah guna servis mereka di banyak tempat , memang terbaik!!

♦️ Baca Review terlebih dahulu sebelum nak menempah hotel atau day trip.

Dan paling penting, Enjoy yourself! Go on your own pace. Tak payah nak terikut orang lain ❤️

Perkongsian dari Nimelesh Max