Ini Akan Berlaku Sekiranya Anda Sering Tidur Dalam Pesawat..!

TRAVEL
September 13, 2017 - 05:16 PM


Seperti yang kita tahu, udara mempunyai tekanan yang berbeza pada seseuatu altitude. Hal ini jugak berlaku pada tekanan udara di dalam kapal terbang. Ia akan berubah dengan cepat semasa berlepas dan mendarat.

Secara tidak langsung, perubahan tekanan secara mendadak ini adalah perkara yang biasa kita alami semasa menaiki penerbangan. Hal ini menyebabkan kita akan berasa telinga kita seakan akan tersumbat.

Oleh itu, kita seharusnya mengelakkan diri dari tertidur semasa pesawat ingin berlepas atau mendarat Ini kerana,perbuatan untuk tidur semasa berlepas dan mendarat bukanlah yang terbaik untuk kesihatan anda, menurut MedlinePlus, laman maklumat kesihatan oleh National Library of Medicine. Jika kita kerap tidur semasa pesawat berlepas dan mendarat, kita akan lebih mudah terdedah kepada isu kesihatan, termasuk kerosakan kekal pada telinga.

Alasan di sebalik ini ialah tekanan udara di dalam pesawat berubah dengan cepat semasa berlepas dan mendarat. Angela Chalmers, seorang ahli farmasi British menjelaskan kepada Express, "Perubahan pantas dalam ketinggian memberi kesan kepada tekanan udara di telinga, sehingga menyebabkan vakum di tabung Eustachian yang membuat telinga merasa tersumbat."

Untuk mengelakkan perkara ini, sekiranya anda kerap menaiki kapal terbang adalah sangat penting untuk anda dalam keadaan santai, membuka, dan membersihkan tiub Eustachian anda pada tahap ini dalam penerbangan.

Petua biasa untuk mengurangkan kesan ini atau mengelakkan ‘letupan’ dalam telinga berlaku, termasuk menguap dan menelan dengan kerap (minum air atau menghisap gula-gula). Anda juga boleh cuba menghembus hidung sambal memicit hidung anda untuk mengurangkan tekanan.

Sebaliknya, jika anda sedang tidur, anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengurangkan atau menyamakan tekanan udara di telinga anda. Jadi, telinga anda tetap disekat, dan anda berpotensi menghadapi masalah kesihatan seperti pening, jangkitan telinga, kerosakan gendang telinga, dan paling teruk, pendarahan hidung dan kehilangan pendengaran.

Selalunya, bila atas kapal terbang, kalau taka da hiburan, kita akan tidur? Betul tak… Boleh nak tidur, Cuma tahan la sikit mata tu waktu penerbangan nak berlepas dan mendarat…

 

Anda pernah kena? Atau ada tips yang boleh membantu… sharelah dengan kami….

 

Sumber : Insider