Inilah Tempat Di Mana Thanos Berehat Selepas Mendapatkan Kesemua 6 batu Inifinity

TRAVEL
May 04, 2018 - 12:32 PM


Korang yang dah tengok filem Avengers Infinity War mesti perasan kan lokasi akhir selepas Thanos mendapatkan kesumua batu Infinity tu. Tempat tu memang cantik. Ramai juga tak puas hati dengan pilihan Thanos untuk berehat sambil menyaksikan matahari terbenam. Maklumlah dah lepas penat lelah tewaskan semua hero Avengers ko pergi lepak kat tepi sawah jer?

Tidak semua lokasi dalam filem ini dibuat secara CGI dan kampung Thanos ini antara yang wujud di dunia nyata. Tempat yang dimaksudkan adalah Banaue Rice Terraces yang terletak di Filipina.

Banaue Rice Terraces (Hagdan-hagdang Palayan ng Banawe dalam bahasa Filipina) adalah teres yang diukir di tepi bukit Ifugao oleh nenek moyang penduduk di sini. Tempat ini sering dilabel ‘Keajaiban Dunia Ke-8’ kerana keunikannya.

Kenapa ianya ajaib? Kerana teres ini dibina pada satu masa dahulu secara manual dengan tangan tanpa bantuan mesin yang canggih. Usia teres ini pula dianggarkan sekitar 2,000 tahun. Dalam kredit filem Avengers: Infinity War, lokasi ini turut ditulis pada kredit berkenaan dan pihak Indo China Productions turut berkongsi maklumat ini menerusi laman Facebook mereka.

Pihak kerajaan tempatan di Banaue Rice Terraces kini sudah bersedia sekiranya berlaku pertambahan jumlah pelancong ke sini selepas lokasi ini muncul dalam filem Avengers. Jika anda akan ke Filipina dalam masa terdekat, mungkin boleh tambah lokasi ini dalam itinerary anda.