Jangan Lepaskan Peluang Ke 6 Tempat Menarik di Jeju Island Korea Selatan

April 09, 2019 - 05:45 PM


Jeju Island merupakan sebuah pulau yang terletak di negara Korea Selatan. Pulau ini terletak di antara tiga kawasan perairan iaitu Laut Kuning (Laut Barat) di barat, Laut China Timur di selatan dan Selat Korea di timur. 

Oleh kerana kedudukannya di tengah-tengah kawasan itu, maka pertikaian kadang-kala juga berlaku dalam kalangan negara berjiran Korea Selatan iaitu Jepun dan Republik Rakyat China sama ada dari segi ekonomi mahupun politik.

Sejak beberapa tahun lepas Pulau Jeju telah menjadi tumpuan pelancong. Destinasi pelancongan utamanya mempunyai cuaca sejuk, serta keindahan pemandangan pantai, air terjun, tebing dan gua.

Berikut kami kongsikan 6 tempat menarik yang anda boleh lawati jika ke Jeju Island.

Mount Halla

Mount Halla atau Hallasan adalah gunung paling tinggi di Korea. Pada musim sejuk, puncak gunung ini akan diliputi dengan salji yang tebal walaupun pulau Jeju tidak terlalu sejuk pada musim sejuk.

Gunung ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti hiking. Jika anda mendaki gunung ini sehingga ke puncak, anda akan dapat melihat kawah gunung berapi yang besar.

Seongeup Folk Village

Jika anda ingin melihat Pulau Jeju pada tahun 50an, boleh melawat ke Seongeup Folk Village. Perkampungan Jeju tidak sama dengan di Seoul kerana orang Jeju membina pagar rumah menggunakan batu larva yang mudah ditemui di sekitar Pulau Jeju.

Cheonjiyeon Waterfall

Cheonjiyeon Waterfall antara air terjun paling popular di Pulau Jeju. Walaupun kawasan air terjun ini terletak di dalam bandar Seogwipo, anda akan merasai ketenangan bila berada di kawasan Cheonjiyeon Waterfall ini kerana ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok dan tumbuhan exotic yang cantik.

Pengunjung tidak dibenarkan mandi di waterfall ini untuk menjaga kebersihan air sungai. Selain Cheonjiyeon Waterfall, ada 1 lagi air terjun yang popular di Jeju iaitu Jeongbang waterfall.

Green Tea Farm

Terdapat beberapa ladang Green Tea yang popular antaranya adalah O’sulloc Tea Farm. Jika melawat ke Green Tea farm ini, anda bukan sekadar melawat ladang teh, tapi boleh juga melawat muzium teh dan tea lab yang menceritakan pelbagai jenis teh yang terdapat di seluruh dunia.

Korang juga berpeluang mencuba fresh green tea sambil menikmati pemandangan indah ladang disini.

Seopjikoji

Seopjikoji merupakan teluk yang terletak di sebelah timur Pulau Jeju, berhampiran dengan Seongsan Ilchulbong dan Pulau Udo. Seopjikoji terbentuk daripada debu gunung berapi berwarna merah yang dipanggil ‘songyi’.

Kawasan Seopjikoji ini sering menjadi lokasi pengambaran drama Korea kerana keindahan kawasan ini yang sangat menakjubkan.

Seongsan Ilculbong

Songsan Ilchulbong merupakan bekas gunung berapi yang telah wujud di Jeju sejak 100,000 tahun dahulu. Istimewanya kawasan ini, kita dapat melihat kawah gunung yang sangat cantik di tepi laut.

Gunung ini terkenal kerana bentuknya yang unik dan pelancong datang ke sini untuk melihat matahari terbit (sunrise) kerana kedudukannya paling timur di bahagian pulau Jeju.

Perjalanan dari Jeju Airport ke Songsan Ilchulbong mengambil masa 1 jam 20 minit. Ia terletak dibahagian timur Jeju (East coast).

Tapak gunung berapi ini diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage dan tempat tarikan utama pelancong yang bercuti di Pulau Jeju.

Destination: