Jewel Changi Airport – Tarikan Terbaru Lapangan Terbang Changi, Singapura

TRAVEL
March 15, 2019 - 05:11 PM


Beberapa gambar baru ‘Jewel Changi Airport’, tarikan terbaru di Lapangan Terbang Changi rekaan Safdie Architect yang akan dibuka pada 17 April nanti yang merangkumi kombinasi antara pusat beli belah dan taman dalam bangunan telah didedahkan oleh designboom.

Tarikan utama Jewel nanti merupakan air terjun indoor yang tertinggi di dunia selain ia akan dilengkapi juga dengan hutan indoor, laluan pejalan kaki atas pokok, restoran, kedai dan pelbagai tempat untuk berkumpul dan menariknya ia bukan sahaja dibuka kepada pengguna lapangan terbang tersebut tetapi untuk orang awam.

Menurut arkitek yang bertanggungjawab mengelola projek tersebut,Jaron Lubin; Jewel boleh dilabelkan sebagai bangunan prototaip yang menghubungkan bandar dan lapangan terbang. Kalau nak diikutkan ia akan berfungsi seperti ‘agora’ di Greek.

Selain tarikan air terjun tadi, rekaan yang utama sudah tentulah ‘forest valley’ dimana hiasan lanskap yang mempunyai 200 jenis tumbuhan yang disusunkan secara bertingkat dan berfungsi sebagai tempat duduk.

Ini adalah gambaran illustrasi bagaimana rupa projek ini apabila siap dan dibuka untuk orang awam nanti :

All image credit to | designboom | Philip stevens | safdie architects