Jom Tengok Kabin Kelas Pertama Emirates Yang Terlajak Mewah…

TRAVEL
December 06, 2017 - 12:01 PM


Syarikat penerbangan terkemuka UAE iaitu Emirates sangat terkenal dengan penyediaan kemudahan serta kemewahan dalam penerbangan. Baru-baru ini, mereka telah memperlihatkan rekaan dalaman suite kabin kelas pertama mereka.

Dengan menerapkan slogan game changer, rekaan suite kelas pertama pada pesawat Boeing 777 ini sangat mewah. Mengambil inspirasi daripada Mercedes Benz, setiap ruangan suite adalah tertutup penuh dari syiling kapal terbang, sehingga ke lantai. Secara tidak langsung memberikan privasi yang menyeluruh kepada penumpang.

Untuk melengkapi gaya mewah yang ingin ditonjolkan oleh Emirates, mereka juga ada sediakan set baju tido serta kit keperluan daripada Bulgari.

Selain daripada rekabentuk dalaman yang terperinci dan anggun, di setiap suite kelas pertama mereka terdapat fungsi kawalan suhu dan cahaya. Ciri-ciri ini merupakan sentuhan unik kelas pertama dalam Boeing 777 mereka.

Tidak terhenti disitu, ‘layanan’ istimewa kepada penumpang ditingkatkan dengan kerusi boleh laras yang didatangi dengan tetapan zero gravity dan mendapat kerjasama daripada NASA dari segi rekaan. Kerusi ini boleh mencari dan menetapkan kedudukan berehat bersesuaian dengan badan penumpang. Memang penerbangan jadi teramat selesa.

Apa yang lebih menarik, ialah penumpang yang tidak mempunyai tempat duduk bersebelahan tingkap kini boleh menikmati pemandangan luar melalui paparan HD yang dipancarkan secara maya. Jadi semua suite di tengah juga dapat akses kepada ‘window seat’.

 

Dimana inspirasi Mercedesnya?

Okay, anda fikirkan tempat duduk kulit lembut, panel kawalan berteknologi tinggi, pencahayaan mengikut mood, serta perincian terhadap rekaan. Inilah inspirasi yang mereka masukkan ke dalam suite ini dan ianya daripada Mercedes S-Class.

 

Oh, kami cuba jugak tengok harga dekat website Emirates. Kami ambil contoh penerbangan dari KLIA ke Los Angeles (LAX). Anda tengok sendiri perbezaan harga dia…

Ini harga penerbangan kelas ekonomi
Ini pulak harga kelas pertama...

Kalau nak tahu kenapa beza harga jauh sangat, cuba anda tengok video ini...

 

 

Sumber : Emirates