Jom Tonton Video ‘Time-Lapse’ Bandar Athen Yang Cukup Memukau…




Bandar Athen merupakan bandar yang tidak asing lagi oleh para pelancong disebabkan terdapat pelbagai binaan bangunan tinggalan sejarah serta statusnya sebagai ibu negara Greece.

Sebuah video yang dihasilkan oleh seorang jurugambar tempatan Alexandros Margos telah menunjukkan sisi bandar Athen yang lain daripada lain serta pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat oleh para pelancong.

Video berdurasi hampir 5 minit tersebut diberi tajuk “City of Athens – a Portrait of a Changing Metropolis” dan dirakam menggunakan kombinasi pelbagai teknik seperti hyperlapse, timelapse dan drivelapse.

Selain menunjukkan bangunan bersejarah di Greece seperti Parthenon dan Acropolis. Maragos juga memasukan bangunan moden dan menggambarkan transformasi yang dialami oleh bandar tersebut.

Dikatakan lebih kurang 60,000 gambar telah digunakan untuk menghasilkan video berkenaan dan semua proses penggambaran mengambil masa selama 3 bulan menggunakan Canon 5D Mark III untuk menghasilkan footage yang menarik ini.

Jom kita saksikan video tersebut :

 

Video Credit : Youtube | Alexandro Margos