Kabin Premium Singapore Airline,Tak Ubah Seperti Bilik Hotel

November 03, 2017 - 01:23 PM


Ruang yang dilengkapi dengan kerusi kulit yang empuk, sebuah katil, almari pakaian dan TV 32 inci ini tidak ubah seperti sebuah bilik hotel. Kelihatan tidak ubah seperti di sebuah hotel eksklusif, sebenarnya ruangan ini adalah kabin eksklusif di Singapore Airlines!

Rekaan kabin terbaru daripada syarikat penerbangan Singapura ini menelan belanja jutaan ringgit. Apa yang dilakukan mereka adalah mengurangkan ruang suite untuk memberikan rasa yang lebih privacy dan eksklusif kepada penumpang business class mereka.

Pengurangan ini membolehkan mereka untuk menempatkan sebuah katil, almari dan juga tandas. Dengan pilihan tambahan untuk mereka yang travel bersama, ruangan penghadang boleh diturunkan bagi mereka menyambungkan dua suites sekaligus.

 

Proses naiktaraf kabin mereka ini sebenarnya dilakukan atas permintaan pelanggan mereka yang inginkan ruangan yang lebih privacy dan ternyata hasilnya cukup eksklusif. Memang gerek sehhh...! 

 

Sumber | CNBC

Destination: