Kaki Travel? Tahukah Anda Ada 4 Sahaja Warna Passport di Dunia

TRAVEL
August 07, 2017 - 02:04 PM


Buat kaki travel tu tahukah anda ada 4 je jenis warna passport dalam dunia ni? Dan warna pasport ni semua ada maksud tersendiri. Bukan saja-saja warna tu. Macam Malaysia warna merah pun ada sebab dia. Nah aku kongsikan fakta menarik tentang passport buat korang layan kat office bagi hilang sikit monday blues.. hehhee

Hanya ada 4 Sahaja Warna Passport

Cuba ambil passport anda dan lihat apakah warna buku passport anda? Merah. Cuba lakukan carian di enjin carian Google mengenai passport Amerika Syarikat dan apakah warna passport mereka? Biru.

Pernah anda tertanya-tanya mengapakah setiap negara mempunyai warna yang tertentu untuk passport mereka? 

Selain warna merah dan biru, tahukah anda sebenarnya ada 4 sahaja kod warna standard yang dibenarkan untuk passport di seluruh dunia iaitu merah, biru, hijau dan hitam dan setiap kod warna ini mempunyai maksud berbeza.

Passport negera Malaysia berwarna merah. Passport berwarna merah ini selalunya dikeluarkan oleh negara-negara yang sedang dijajah pihak komunis atau mempunyai sejarah dengan komunis.

Selain Malaysia, antara negara lain yang mempunyai passport berwarna merah ini adalah Slovenia, China, Serbia, Russia dan Poland. Selain itu, kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) kecuali Croatia juga mempunyai passport berwarna merah.

Selain merah, biru merupakan warna yang popular untuk passport. Antara negara yang menggunakan warna ini ialah Amerika Syarikat. Penggunaan warna biru ini melambangkan "dunia baru (new world". Selain Amerika Syarikat, 15 negara Caribbean juga menggunakan warna biru pada passport mereka. 

Selain itu, negara-negara blok Amerika Selatan seperti Brazil dan Argentina juga menggunakan warna biru di mana ianya melambangkan hubungan mereka dengan Mercosur - sebuah kesatuan perdagangan.

Hijau

Kebanyakan negara Islam mempunyai passport berwarna hijau. Warna hijau digunakan kerana ianya mempunyai perkaitan dengan Islam merupakan warna kegemaran Nabi S.A.W. Antara negara yang menggunakan warna hijau adalah Arab Saudi dan Pakistan.

Selain itu, terdapat juga sesetangah negara Afrika yang menggunakan warna hijau pada passport mereka seperti Nigeria, Ivory Coast dan Senegal. Walaubagaimanapun, penggunaan warna hijau ini bukan bermaksud mereka ini negara Islam sebaliknya melambangkan keanggotaan mereka dalam ECOWAS (The Economic Community of West African States)

Hitam

Passport berwarna hitam adalah passport yang paling jarang dijumpai. Ianya dimiliki oleh kebanyakan negara Afrika, contohnya Botswana dan Zambia. Walaubagaimanapun, walaupun New Zealand bukanlah negara Afrika, mereka menggunakan warna hitam pada passport memandangkan ianya merupakan warna rasmi negara New Zealand.