Karisansui - Hostel Bertemakan Oriental Zen Di Shangri La



Seperti kebiasaan, rekabentuk dalaman dan juga luaran akan memberikan impak yang besar terhadap salah sebuah hotel. Dalam masa yang sama, jika konsep yang digunakan adalah menarik dan lain daripada yang lainnya, semestinya lebih ramai pengunjung yang akan memilih hotel tersebut sebagai persinggahan.

Sebut pasal konsep, hotel / homestay yang ada di daerah Yunnan, China ni betul-betul membawa satu kelainan. Chief desiger yang terlibat dalam mereka bentuk hotel ini ialah daripada Yiduan Shanghai Interior Design, Xu Xujun.

Apa yang menarik, bagunan-bangunan lama Tibet di kota lama Shangri-La ini seperti tidak berusik dengan transformasi yang dilakukan. Konsepnya simple, dan mengetengahkan kecantikan alam semulajadi.

Hotel Karesansui ini terletak di Shangri-La. Sebuah kawasan yang dari segi geografinya sangat cantik dan menarik. Lokasi hotel pun, tak jauh dari jalan utama, hanya 3 minit perjalanan.

Pembinaan hotel ini mengambil masa dua tahun, dan dalam masa dua tahun ini jugalah Xu Xujun tinggal di tapak binaan supaya dapat hasil yang sempurna.

Karesansui ini terdiri daripada enam unit bangunan kecil dan juga sebuah rumah Tibet lama. Dari segi fungsi, bangunan-bangunan ini bertindak sebagai restoran, manakala lobi terapung yang disokong oleh koridor.

Kalau kita perhatikan, setiap struktur seakan-akan bertindih antara satu-sama lain. Terdapat 15 bilik hotel, lobi, restoran dan sebuah bilik teh di hotel ini.

Dari segi hiasan dalaman, kesemua bilik mempunyai reka bentuk dalaman yang unik dan berlainan. Selain menekankan aspek privacy pengunjung, ia juga mengetengahkan kecantikan konsep oriental zen baru.