Kawasan Dan Tempat Yang Perlu Dielakkan Pada Tahun 2018!

TRAVEL
February 02, 2018 - 04:03 PM


Posting harini luar biasa sikit. Selalunya kebanyakkan page akan kongsi tempat ‘wajib’ pergi kan? Kali ini, kami ‘twist’ sikit. Tempat yang kena elakkan untuk pergi! 

Ini adalah tempat-tempat yang korang kena elakkan untuk pegi pada tahun 2018 ini. Sesetengah kawasan atau destinasi yang ada dalam senarai ini dah over crowded dan ada yang di nasihatkan jangan pergi disebabkan isu keselamatan.

Menurut senarai ‘no list’ yang dikeluarkan oleh Fodor iaitu penerbit buku panduan travel, destinasi yang tersenarai ini kita kena elakkan atau ‘skip’ untuk tahun ini jika ada planning nak kesana.

 

Kepulauan Galapagos

Kepulauan yang terletak di Ecuador ini mempunyai ekosistem yang rapuh, disebabkan itu Ecuador sangat mengawal pelancongan di Galapagos. Menurut Fodor, walaupun pelancongan dikawal, ia tetap tidak dapat membantu ekosistem pulau berkenaan yang semakin hari semakin rapuh.

 

Barcelona, Venice, Amsterdam

Untuk 3 bandar popular ini, alasan yang diberikan oleh Fodor adalah terlalu padat dengan pelancong. Disebabkan terlalu ramai pelancong, dikatakan penduduk tempatan agak kurang senang dengan kehadiran pelancong ke sana.

Fodor nasihatkan, jangan ke sana buat sementara waktu.

 

Taj Mahal

Dikatakan pada tahun ini (2018) kubah di Taj mahal akan dibersihkan buat pertama kali semenjak ianya dibina 369 tahun dahulu.

Menurut Fodor, kawasan berkenaan akan dibersihkan menggunakan pes lumpur dan sekiranya anda ingin ke Taj Mahal, dinasihatkan tunda sehinggalah awal tahun hadapan. 

 

Phrang Nga Park, Thailand

Tak dapat dinafikan, pantai di Thailand sememangnya cantik. Namun disebabkan terlalu ramai pengunjung, sebilangan pantai disana agak kotor dan dah di ‘over use’.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencantikkan dan menyelamatkan pantai di sana namun menurut Fodor, pilihlah untuk ke percutian tropikal dan jauhi pantai.

 

Myanmar

Sejak beberapa tahun sudah, nama Myanmar sering berada dalam list mereka yang suka menggembara. Namun, selepas kempen mereka yang zalim terhadap etnik Rohingnya, pihak UN telah melabelkan perbuatan negara berkenaan sebagai ‘pemusnah etnik’.

 

Tembok Besar China

Menurut Fodor, sebahagian kawasan tembok besar ini telah rosak dan akan roboh. Selain dari itu, pencemaran udara juga salah satu sebab kenapa anda tidak galakkan untuk melawat ke sana.

 

Sumber : Traveller