Kawasan Paling Tidak Selamat Di Tokyo Harus Korang Elakkan

TRAVEL
September 28, 2017 - 03:57 PM


Melancong ke Jepun memang antara idaman ramai orang, malah aku sendiri pun kalau bolehnak repeate untuk ke Jepun terutama di Tokyo. Bagi aku Tokyo paling best disebabkan budaya mereka dan kebersihan di sana. Cuma bab harga agak kena keraskan hati sikit. Lagi-lagi kalau menginap di hotel. Mahal gilaaa.

 

Ramai orang cakap kalau nak mulakan backpacker boleh mula dengan Jepun sebab pengangkutan mudah dan selamat. Namun, selamat atau tidak kita tidak boleh pandang rendah. Anything could happen. Lagi di tempat orang.

 

 

Menurut temubual yang dilakukan oleh AskJapanese yang merupakan sebuah channel youtube dengan lebih 60 ribu subscriber dengan orang Jepun di sana, antara tempat-tempat yang disebut kurang selamat adalah.

 

  1. Shinjuku
  2. Harajuku
  3. Adachi
  4. Tachikawa
  5. Kabukicho
  6. Ikebukuro

 

Tetapi diantara kesemua lokasi di atas, Shinjuku dan Tachikawa dan mengungguli senarai tempat paling tidak selamat di Tokyo. Dengan beberapa orang yang ditemuduga dengan lebih khusus menyebut beberapa kawasan di Shinjuku yang harus dielakkan oleh pelancong antaranya Kabukicho.

 

Manakala tempat yang dikatakan paling selamat di Tokyo adalah di kawasan Ginza di mana kawasannya yang lebih membangun dan di mana golongan elit Tokyo tinggal.

 

Anda yang bercadang ke Tokyo diminta berhati-hati jika berada di sekitar kawasan ini dan elakkan ke kawasan yang kurang orang ramai di sekitarnya.

 

Satu lagi pesanan kalau ke Jepun sila jangan berak merata rata!!!!! Dan jangan memusnahkan harta benda di sana.