Keunikan Masjid Syed Alwi – Binaan Bercirikan Mogul Dan Guna Campuran Putih Telur Dan Pasir

TRAVEL
February 08, 2018 - 11:54 AM


Korang penggemar binaan unik? Suka melawat sesuatu tempat disebabkan cerita disebalik binaan tersebut? Kalau Jawapan korang adala ya untuk soalan-soalan tersebut. Korang kena try pergi ke Kangar dan cari Masjid Alwi.

Keunikan Masjid Syed Alwi ini bukan sahaja terletak pada keunikan binaannya yang bercirikan Mogul tetapi apa yang menarik perhatian kami adalah dikatakan bahan utama yang digunakan dalam pembinaan masjid ini adalah campuran putih telur dan pasir.

Awal bulan ini, Masjid ini telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara dan ia mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan kerana kesukaran untuk mendapatkan kuantiti telur yang banyak bagi membina struktur masjid ini.

Masjid yang dibina pada tahun 1931 ini telah dirasmikan oleh Raja Perlis iaitu Raja Syed Alwi Almarhum Tuan Syed Safi Jamalullail pada Februari tahun 1933. Menurut AJK masjid ini, walaupun tidak menggunakan konkrit dan simen mahupun teknologi yang tinggi, struktur bangunan masjid berkenaan sangat kukuh dan tahan gegaran.

Selain menggunakan bahan binaan yang unik, difahamkan bahawa pembinaan masjid berkenaan tidak melibatkan orang tempatan tetapi jurubina yang dibawakan khas dari India. Pihak British pada masa itu mendapat ilham daripada seni bina masjid yang berada di Pulau Pinang.

 

Sumber : mynewshub