Kondom Dalam Cerek Dan 4 Lagi Sisi Gelap Hotel Yang Pelancong Tidak Tahu

February 12, 2018 - 11:18 AM


Mahu atau tidak anda pasti akan menginap di bilik hotel, tidak kisahlah atas sebab apa sekali pun. Mungkin kerana bekerja di luar kawasan, kenduri, pergi bercuti dan lain-lain lagi. Rasa seronok saja dapat bermalam di hotel yang kelihatan kemas dan dilengkapi segala keperluan?

Bagaimanapun, portal BeritaKopak.org mendedahkan 'sisi gelap' hotel

1) Gelas

Buat pengetahuan anda, gelas yang digunakan di hotel selalunya tidak dibersihkan seperti yang anda sangka. Bayangkan, gelas yang kelihatan bersih dan berkilat itu sebenarnya dibasuh menggunakan tuala kotor selain digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Bukan itu sahaja, ada sesetngah pihak hotel menggunakan penyembur pencuci tingkap supaya gelas kelihatan bersinar.

2) Cerek elektrik

Ada tukang cuci mengakui mereka kerap menemui kondom di dalam cerek di bilik hotel. Bukan itu sahaja, kaedah mencuci cerek tersebut juga agak menjijikkan. Mereka hanya akan membuang sisa kondom tersebut, kemudian sembur dengan pencuci dan bilas dengan air panas. Bagaimana? Masih ingin mengunakan cerek tersebut untuk memanaskan air? Pasti tidak!

3) Pintu hotel yang mudah dibuka

Pintu di bilik hotel tidaklah selamat seperti disangka. Walaupun ia canggih, tetapi ia masih boleh dibuka orang lain. Tak mustahil orang luar pun boleh menceroboh bilik anda!

Untuk memastikan keselamatan anda lebih terjamin, bawalah sendal pintu ketika anda menginap di bilik hotel kelak.

4) Jangan sesekali minum air paip

Air paip sebenarnya bukan lah sebersih yang di sangkakan terutama di negara-negara Asia. Sebab itu kalau menginap di hotel janganlah minum air paip. Namun ada sesetengah negara di Eropah yang air paip atau tap water ni selamat di minum dan lebvih bersih dari air minuman kita di Malaysia. Antara negara yang tap water boleh di minum adalah Norway, Iceland, Sweden, Finland, Denmark dan Jepun. 

5) Elakkan bersandar di tingkap bilik

Awas! Tingkap di bilik hotel anda selalunya tidak disenggara dengan teliti. Ada sahaja kes tetamu terjatuh akibat bersandar di tingkap hotel setiap bulan di seluruh dunia. Jangan sangka semua hotel mewah mempunyai tahap keselamatan yang ketat ya! Berwaspadalah sebelum terkena.

Pun begitu, segala permasalahan ni bukanlah berlaku di semua hotel. Cuma, bagi yang mementingkan keselamatan dan kebersihan yang tinggi, info ini mungkin berguna untuk anda