Kren Pelabuhan Pasca Perang Dunia Ke-2 Diubahsuai Jadi Hotel Suite Mewah Di Amsterdam



Kalau korang inginkan satu pengalaman yang unik dan suka benda-benda pelik masa travel, korang mungkin akan suka hotel ini. Terletak di pelabuhan Amsterdam, kren ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebelum diubahsuai menjadi suite mewah.

Menjanjikan perspektif lain pelabuhan Amsterdam, The Yays – Crane Apartment kedengaran agak pelik sebagai sebuah penginapan mewah. Mana tidaknya, siapa sangka kren pasca perang dunia boleh diubahsuai sebegitu rupa.

Asalnya, kren ini hampir dilupuskan disebabkan terlalu usang dan tidak lagi digunakan. Namun, projek ini layak diberi pujian atas sebab menggunakan sumber sedia ada.

Menurut perekanya, Edward Van Vilet, kabin ini telah melalui beberapa proses pembaikpulihan namun masih menggunakan beberapa bagahian asal yang masih boleh digunakan.

Selain didirikan menggunakan rangka asal sebuah kren, tapi kalau tengok rekaan dalaman hotel ni, memang mewah dan sejarah panjang kren boleh mewujudkan kenangan dan memori untuk traveller berkongsi selama-lamanya.

Saling tak ubah macam buku cerita kanak-kanak kan? Tapi baguslah,  nampaknya pengakhiran kren ini adalah sebagai sebuah tempat penginapan cantik, tak ubah macam karangan zaman sekolah rendah dulu “aku sebuah kren”. Hehehe

 

=aj=