Lagi Dua Pelancong Malaysia Buat Hal di Jepun!!!

TERKINI
August 26, 2017 - 09:56 PM


Bila org nk travel, hg pn nk travel.. tp Adab x Jaga.. main hentam kromo ja.. Notice Board pn Ada bg amaran apa yg X boleh buat..!

Tp yg bangangnya, harammm X mau baca dan x mau ambil tau!

Di jepun, mereka sediakan kemudahan tempat Solat yg di panggil "Prayer Room" so agak2 boleh fhm kot.. yg hgpa p tidoq, siap basuh baju dan sidai kt atas kerusi tu apa citaaa? Awat x bawa dapoq, pinggan mangkuk, katil pindah situ teruihhh?

Bila kemudahan di Tarik balik nnt hgpa kalut la, x dak tempat nk Solat la, ssh nk travel la apa la.. mcm2 Alasan Ada...! Padahal sendiri yg buat Hal.. tambahan plak ini PRAYER ROOM WANITA!!

Berubah la! Jgn di sebabkan kebodohan anda, habis semua terpalit..

Bila ke negara org atau mana2 tempat sekali pn ikut la rules yg telah di tetapkn... jgn dok kata plak.. tu org negara lain pn tido kt klia mcm tu... Klu dh nmpk tegurlah.. apa daa..

Kita sbg org islam, apabila di berikan kemudahan, jgn di sia-siakan... gunakan dgn Cermat dan sebaik mungkin... bukan gunakan sebaik mungkin itu dgn buat seperti dok di rumah sendiri...!

Sumber Gambar: Ahli RTJ, Identiti Di rahsiakan.. 
Lokasi: Prayer Room Kansai Airport.

Itu antara luahan salah seorang pengguna Facebook yang di kenali sebagai Tok Sheikh yang kini berada di Jepun. Belum pun reda dengan isu 3 remaja yang buat kecoh di Osakan kini timbul pula satu lagi kisah yang menunjukkan dua wanita dipercayai rakyat Malaysia sedang tidur di dalam ruang berkenaan.

Bukan setakat tidur malah di dalam posting itu turut menunjukkan beberapa helai pakaian basah disidai di tiga buah kerusi dan besi penyangkut yang disediakan di ruang bersaiz kecil tersebut, malah
beberapa bagasi dilihat turut diletakkan di ruang sama.

Papan tanda mengenai larangan kelakuan yang boleh menggangu pengguna lain sudah terang-terangan terpampang dan tindakan mereka itu jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ.

Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan.

Macam-macam kisahnya. Tolonglah buat mereka yang nak travel ke nagara orang tolonglah jaga adab. Jangn disebabkan kes seperti ini semua kemudahan yang disediakan di tarik balik. Dan sedikit sebanyak perkara ini boleh mencemarkan identiti kita sebagai warganegara Malaysia. 

Dah terlalu banyak kes melibatkan pelancong Malaysia yang tak pandai jaga adab bila di negara orang. Ini bukan budaya kita. 

Destination: