Laptop Berkemungkinan Tidak Dibenarkan Dibawa Semasa Penerbangan Lagi??




Selepas satu pertemuan yang diadakan oleh UN’s International Civil Aviation Organization  (ICAO) berkenaan pembawaan barangan berbahaya dalam kapal terbang baru-baru ini di Montreal, komuniti penerbangan dunia telah membentangkan laporan berkaitan barangan elektronik peribadi. Salah satu barangan tersebut adalah laptop.

Menurut perbincangan yang diadakan, berkemungkinan besar laptop juga tidak akan dibenarkan untuk dibawa masuk ke pesawat lagi selepas ini.Cadangan pengharaman alat ini dikatakan telahpun berkuatkuasa bagi penerbangan yang tiba dari negara timur tengah.

Dalam laporan yang disediakan, FAA telah mengadakan beberapa siri ujian dengan membawa masuk laptop yang dicas penuh dan dimasukkan ke dalam beg. Beg ini kemudian diuji dengan beberapa scenario.

Salah satunya ialah mereka meletakkan elemen pemanas pada laptop dan menyebabkan ia mengalami thermal runaway yang boleh menyebabkan kebakaran dan letupan. Selain itu, mereka juga ada meletakkan syampu dalam tin dan diletakkan dalam bagasi yang sama.

Hasilnya, tidak sampai 40 saat, tin tersebut meletup dan bagasi tersebut juga terbakar dalam masa yang singkat.

Walaubagaimanapun, situasi ini hanya terjadi sekiranya laptop tersebut diletakkan didalam beg yang dimasukkan ke ruangan kargo. Maknanya, selepas ini laptop tak bolehlah kita nak masukkan dalam cheked-in bag, kena hand carry.

Hal ini dikatakan kerana bukan semua kapalterbang komersial mempunyai kargo yang membolehkan ia tahan daripada kebakaran sebegini…

Apa-apa pun, perkara ini secara tidak langsung akan membahayakan penumpang, jadi perkara ini masih dalam perbincangan yang dijangka akan berakhir minggu ini.

Kalau ikutkan, ini adalah senarai barangan yang tidak boleh kita masukkan dalam bag yang kita nak cheked-in menurut TSA (The Transportation Security Administration) memang kalau ikut senarai barangan yang tidak boleh kita masukkan dalam beg checked in pun ada sebutkan laptop.

Ni mesti kes ada jugak penumpang yang pegi checked in sekali dengan laptop ni... Kalau tak sure, ini ada senarai barang yang kita tak boleh nak letak dalam checked-in luggage..


Sumber | airsafe.com

Lepasni, jangan ada yang degil pulak... Lagi satu, tak sayang laptop ke kalau letak kat cheked in bag? Kan diorang campak-campak je beg tu... 

Tips : Kalau ada barangan elektronik yang ada bateri, tak kisahlah rechargable atau tidak, cabut je sebelum nak naik flight. Confirm tak ada masalah. 

 

Sumber | The Star