Lawati Tempat Penuh Warna – Warni Di Asia, Pasti Meriah Feed Instagram Anda Nanti

TRAVEL
February 13, 2019 - 05:17 PM


Selain pengalaman travel ke tempat orang, selalunya orang yang suka travel ini akan kongsikan pelbagai gambar yang cantik dan menarik di tempat mereka lawati. Kadang-kala tempatnya biasa sahaja, tetapi disebabkan keunikan tempat tersebut, sekeping gambar sebagai kenang-kenangan tak salah rasanya.

Selalunya, apa yang menarik perhatian orang untuk like sesebuah gambar adalah keunikan gambar tersebut, selain cara gambar diambil, aura tempat tersebut juga memainkan peranan. Salah satu yang akan membuatkan gambar yang diambil itu cantik ialah bila ada pelbagai warna yang menarik.

Tahu tak, ada beberapa kawasan atau tempat di Asia yang kita boleh lawati untuk dapatkan gambar yang penuh warna-warni? Dalam banyak-banyak tempat berkenaan ada yang ada di Malaysia tau.

Ini adalah lokasi di Asia yang penuh dengan warna-warni :

#1. Batu Caves, Malaysia

Tahun lalu, sekitar bulan Ogos, 272 anak tangga di Batu Caves telah dinaiktaraf. Hasilnya sangat luar biasa. Daripada tangga yang membosankan, ianya dicat dengan perlbagai tona warna yang terdiri daripada warna-warna pelangi.

Selain lokasi Batu Caves sendiri sebagai tapak warisan dunia UNESCO, kini ramai yang suka ke sana untuk menggambil gambar kenang-kenangan dengan tangga warna-warni tersebut.

 

#2. Bandar Agacia, Kampar, Perak, Malaysia.

Selain Batu Caves, ada lagi satu tempat bernama Bandar Agacia di Kampar juga mempunyai tarikan tersendiri apabila bangunan-bangunan disana dicatkan dengan warna-warni. Dikhabarkan, idea ini iilhamkan oleh Main Street, salah sebuah tema yang terdapat pada kesemua taman tema Disneyland.

Selain mempunyai bangunan yang berwarna warni, ada beberapa jalan sengaja diletakkan nama bertemakan Disney dan jugal ala-ala Hollywood walk of fame di LA tu.

 

#3. Kampung Pelangi, Semarang, Indonesia.

Pada asalnya, kampung pelangi ini hanyalah kawasan setinggan. Kini, Kampung Pelangi di Semarang ini dikenali seluruh dunia atas kreativiti mereka dalam usaha mencantikkan kawasan tersebut dengan karya seni.

Projek yang awalnya dimulakan oleh guru besar di sekolah tempatan, usahanya kemudian mendapat perhatian kerajaan dan dibantu oleh penduduk setempat. Kini, lebih daripada 200 buah rumah dicatkan dengan warna yang sangat terang dan mempunyai pelbagai tona. Ada juga yang sempat melukis mural pada dinding-dinding tersebut.

 

#4. La Trinidad, Filipina

Sebuah lagi ‘perkampungan pelangi’ ini boleh ditemui di Filipina. Di kawasan La Trinidad, rumah-rumah dan binaan konkrit disana diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik perhatian. Jika korang ke kawasan bukit di Benguet, Bagio ini, korang pasti tak akan terlepas kawasan bewarna warni yang diilhamkan dari favelas yang terdapat di Rio De Jainero, Brazil ini.

 

#5. Caihong Juanchun, Taiwan

Sebelum ini, terdapat kira-kira 1200 buah rumah di kawasan Caihong Juanchun yang bermaksud Perkampungan Pelangi di Taiwan ini. Dikawal oleh Huang Yung-Fu, juga dikenali sebagai ‘atuk pelangi’.

Ceritanya hampir sama dengan di Indonesia, Huang yang merupakan bekas tentera mula mewarnakan rumah-rumah di kawasan tersebut. Cuma, apa yang lainnya adalah, niatnya mengecat kesemua rumah disini ialah untuk mengelakkan ianya dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Kalau ke sana, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pencetus idea ini kerana difahamkan, Huang masih meneruskan projeknya.