Lokasi Best Di Malaysia Untuk Percutian Sekeluarga Musim Cuti Sekolah



November dan Disember merupakan bulan yang piling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Mana tidaknya, waktu inilah selalu ibubapa nak bawak mereka bercuti dan inilah waktu yang ideal untuk ibubapa releasekan stress bekerja.

Untuk anak-anak, cuti sekolah tentunya bermula 25 November hingga 1 Januari nanti. Jadi sebelum sibuk untuk persiapan tahun baru persekolahan, bawaklah keluarga pergi bercuti dulu.

Kalau anda tak ada idea nak bawak anak-anak kemana, ini kami ada kumpulkan 5 destinasi dalam Malaysia untuk percutian anda dan keluarga.

#1 Ipoh, Perak.

Baru-baru ini Menteri Besar Perak dah umumkan yang Ipoh akan dijadikan ikon pelancongan negeri tersebut. Jadi, tak salah jika kami masukkan Ipoh dalam senarai.

Apa aktiviti best kat Ipoh?

First, sudah semestinya ada banyak café dan tempat makan yang best.


Lost World Of Tambun

Kedua, boleh ke Lost World of Tambun atau Movie Animation Park Studios (MAPS). MAPS ni merupakan taman tema animasi pertama di asia tau. Bukan calang-calang. Kebanyakkan permainan di taman tema MAPS ni bertemakan animasi popular macam BoBoBoi, Casper dan banyak lagilah.

Harga Tiket :

Lost World : RM 58 (kanak-kanak) RM65(Dewasa)

MAPS : RM150 (kanak-kanak) RM190 (Dewasa).

 

#2 Cameron Highlands

Lokasi wajib ketika percutian, semestinya di Cameron. Dengan cuaca yang dingin, serta penuh dengan kehijauan. Anda mesti berasa tenang disini.

Aktiviti yang boleh dibuat sudah tentu melawat ladang strawberi, ladang teh dan bunga kat atas tu.

 

#3 Genting Highlands

Walaupun pembinaan taman tema 20th Century Fox tergendala, namun anda boleh habiskan masa di Genting Highland dengan pelbagai hiburan lain. Kereta Kabel yang mempunyai lantai kaca pun ada dah sekarang!

Selain itu, boleh jugak shopping dekat GPO. Kat sana memang ada banyak kedai untuk shopping dan harga dia murah sikit lah dari dekat bawah ni…

Kalau tak minat, boleh ke atas untuk tengok pertunjukan dekat skrin besar yang ada, ataupun makan dekat sana. Sekarang ni ada macam-macam restoran yang best tau!

 

Harga tiket untuk kereta kabel : RM8 untuk gondola biasa, RM50 untuk gondola lantai kaca.

 

#4 Kuala Lumpur/Lembah Klang

Kalau anda yang tinggal luar daripada KL, anda bolehlah datang KL untuk bercuti. Kalau yang duduk KL malas nak pegi jauh-jauh pun boleh jugak. Apa salahnya.

Apa yang menarik di KL??

Macam-macam ada.


Pusat Sains Negara

Petrosains, Pusat Sains Negara, KL Tower, Sunway Lagoon, Bangi Wonderland ataupun Kidzania.

Itu pun bukan senarai penuh tau.


Sunway Lagoon

 

Untuk harga tiket :

Sunway Lagoon : RM170 (Dewasa) RM140 (kanak-kanak)

Bangi Wonderland : RM58 (Dewasa) RM48 (Kanak-kanak)

Petrosains : RM20 (Dewasa) RM8 (kanak-kanak)

 

#5 Johor

Johor boleh dikatakan antara yang banyak tarikan menarik. Hub pelancongan yang perlu dituju sudah tentu di Nusajaya.

Dah sampai Johor, tempat yang dituju sudah semestinya Legoland atau Hello Kitty Town.

Kalau tak minat tu pun, ada satu tempat best untuk lepak iaitu Kilang Bateri, dengar cerita port lepak paling best dan hipster di Malaysia.

 

Harga Tiket :

Legoland : RM149 (Dewasa) RM119 (Kanak-Kanak)

Hello Kitty Town : RM85

Thomas Town : RM85

Pembelian kombo untuk Hello Kitty dan Thomas hanya RM125 untuk kedua-dua.

 

Jadi, tunggu apa lagi... Cepat-cepat booked hotel dan usha tiket sekarang. Mana tahu ada promosi... =D

Selamat bercuti!