Lokasi Percutian Hujung Minggu Menarik Berdekatan Kuala Lumpur




Kalau kita perhatikan, trend resort atau hotel yang baru nak naik mesti akan membawakan satu konsep yang unik. Secara tak langsung, ia menjadikan suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan dan menjadikan ia lebih menarik.

Satu lagi, lokasi tempat-tempat ini yang tidaklah terlalu jauh daripada Kuala Lumpur menjadikannya lokasi yang ideal untuk korang yang sibuk dan nak cari percutian pendek hujung minggu. Senang cerita nak ‘weekend getaways’ la.

 

Kalau korang tengah fikir nak kemana hujung minggu ni, ataupun nanti, boleh ke tempat-tempat ni :

#1. Awanmulan - Seremban, Negeri Sembilan

Terletak di Seremban, dan betul-betul terletak di atas bukit, pemandangan di Awanmulan memang menenangkan.

Selain daripada jaraknya yang boleh dikira dekat dengan Kuala Lumpur, resort ini mempunyai 2 kolam renang yang membolehkan korang menyaksikan pemandangan matahari terbenam selain setiap bilik yang dibina seakan-akan kita berada di rumah sendiri.

 

Alamat :              

Kampung Baru Pantai, Jalan Jelebu, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Harga: Bermula RM400 satu malam

 

#2. Enderong Resort Tanarimba - Janda Baik, Pahang

Boleh kata pemilihan kitorang kali ni, lebih kepada nature lover. Hehe. Lokasi kedua ni, terletak di Janda Baik. Selain lokasinya yang terletak dalam hutan, dah tentu ia menjanjikan udara dan persekitaran yang menyegarkan.

Dengar cerita, disini ada juga Annex Hall yang mana korang boleh gunakan untuk ‘lepak’ ramai-ramai. Nak buat team building pun boleh dekat sini.

Alamat: Persiaran Enderong Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Harga: Bermula daripada RM370 satu malam (termasuk sarapan)

 

#3. Farm Ville Cafe & Homestay - Sekinchan, Selangor

Terasa malas nak keluar dari KL/Selangor, ha, ini paling ngam untuk korang. Dikelilingi sawah padi yang menghijau, dapat suasana kampung pulak tu. Memang chill lah cerita dia.

Lagi satu, tempat ni memang menarik sebabnya ia adalah container hotel! Bila lagi nak rasakan pengalaman lain daripada yang lain.

Alamat : 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Harga : Bermula daripada RM98 satu malam

 

#4. Adeline Villa & Rest House, Gopeng, Perak.

Lokasi yang last ni, agak jauh sikit lah dari KL. Tapi, sama jugak konsep yang kitorang bagi iaitu untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Iyelah, kepala dah serabut dengan kerja, masalah-masalah, moh le tenangkan fikiran, rapat dengan alam sekitar sikit.

Apa yang menarik dekat sini, korang boleh cuba Water Rafting jugak ataupun kayaking!

 

Alamat: 13302, Mukim Kampung Geruntum, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia

Harga: Bermula daripada RM150 sekepala (termasuk sarapan, makan tengahari dan makan malam)

 

So, mana satu pilihan korang? Nak ke Perak, Pahang, Negeri Sembilan atau Selangor?