Lubuk ini Menyebabkan Ramai Penyelam Tak Pernah Keluar Hidup-Hidup

TRAVEL
March 27, 2018 - 12:41 PM


Telaga Jacob ini merupakan salah satu khazanah geologi semula jadi di Texas Hill Country, Amerika Syarikat. Ia juga merupakan gua dalam air yang terpanjang di negeri itu. 

Menurut sumber, telaga ini mempunyai sejarah tersendiri.

Ia pernah mengorbankan 8 penyelam sejak ia ditemui. Bagi para penyelam professional seluruh dunia, nama Telaga Jacob tidaklah asing, bahkan mungkin menjadi obsesi bagi sebahagian daripada mereka. Reputasi telaga ini sungguh menakutkan.

Telaga ini juga dikatakan mempunyai kedalaman berbeza. Ruang pertama berada di kedalaman 9 meter. Ia masih boleh ditembusi sinaran matahari. Jika seseorang itu terus menyelam hingga kedalaman 80 meter, ia akan menemui kegelapan dan ruang yang sempit

Pada tahun 1983, seorang mahasiswa dari Southwest Texas State University, Richard Patton, kehilangan nyawanya ketika menyelam di ruang kedua.

Khabarnya ia terperangkap di dalam dan tidak dapat keluar. Malah jasadnya tidak pernah ditemui. Jika ia terus ditelusuri, kita akan menemui ruang ketiga. Pada ruang ketiga khabarnya terdapat banyak batu kerikil. Kemudian ada ruang keempat

Ruang keempat adalah ruangan yang paling susah untuk diteroka kerana pintu masuknya yang sempit. Tak ramai penyelam yang berani meneruskan penyelamannya hingga ke ruang keempat.

“Telaga Jacob adalah inti dari kehidupan. Ia memberikan air setiap hari selama ribuan tahun,” kata David Baker, seorang tuan tanah setempat yang menyumbangkan tanahnya untuk tempat konservasi

Telaga Jacob merupakan telaga semulajadi dan bukan buatan manusia. Hingga saat ini masih belum ada yang dapat memecahkan misteri telaga tersebut.

Anda berminat? Kalau ada peluang ke Texas jangan lupa singgah di telaga ini.

Namun kami tak syorkan anda menyelam kecuali jika anda betul-betul berani menanggung risikonya!