Masuk Percuma Ke Zoo Negara Jika Lahir Pada Bulan Disember

TRAVEL
December 05, 2017 - 11:25 AM


Bukan scam, bukan penipuan. Itulah yang disahkan oleh Timbalan Presiden Zoo Negara iaitu En. Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkenaan surat tawaran kemasukan percuma ke Zoo Negara yang tular di media sosial itu sejak beberapa hari yang lalu.

Ini surat yang kami maksudkan : 

Kemasukan percuma ini juga termasuklah lawatan ke Pusat Konservasi Panda tetapi hanya jika lawatan dibuat pada tarikh hari lahir pengunjung sahaja. Pengunjung hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti sebelum dibenarkan untuk menebus tiket percuma ini.

Promosi yang dijalan kan oleh Zoo Negara ini adalah bertujuan untuk mengalakkan lagi pengunjung untuk ke Zoo Negara, lagi-lagi pada musim cuti sekolah ini.

Terkini, harga tiket untuk kanak-kanak ialah RM 16, Dewasa RM44 dan Warga Emas yang berumur 60 dan keatas RM21.

 

Sumber : The Sun Daily