Musim Panas Jauh Berbeza di Dubai Dengan Pakej Penginapan Luar Biasa Emaar Hospitality Group

TRAVEL
April 22, 2019 - 03:21 PM


Emaar Hospitality Group, perniagaan hospitaliti dan riadah milik Emaar Properties PJSC, pemaju Burj Khalifa, The Dubai Mall dan tempat tarikan pelancong yang lain, menawarkan pakej-pakej penginapan musim panas yang luar biasa di Dubai.

Tetamu-tetamu diberi jaminan dengan nilai hebat untuk penginapan sehingga tiga malam percuma di Address Hotels + Resorts premium yang mewah dan Vida Hotels and Resorts dengan gaya hidup mewah. Kadar musim panas yang eksklusif turut disediakan di Rove Hotels, jenama hotel kontemporari berharga sederhana yang dibangunkan hasil usaha sama antara Emaar Properties dan Meraas.

Tetamu-tetamu yang menyertai program kesetiaan Emaar U By Emaar secara percuma, boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan seperti bayaran untuk dua malam dan penginapan untuk tiga; bayaran untuk empat malam dan penginapan untuk enam; dan bayaran untuk enam malam dan penginapan untuk sembilan.

Mereka boleh memilih daripada Address Downtown yang memenangi anugerah dan pusat peranginan gaya hidup bandar, Address Boulevard atau Address Dubai Mall yang dihubungkan terus dengan The Dubai Mall. Buat mereka yang menyukai kehidupan di tepi pantai, Address Dubai Marina amat sesuai manakala peminat-peminat sukan golf boleh menuju ke Address Montgomerie. Untuk pusat peranginan Arabeska mewah, Palace Downtown merupakan pilihan yang sempurna.

Vida Downtown, hotel butik gaya hidup diterajui reka bentuk menawarkan para tetamu dengan gaya dan kemudahan manakala Manzil Downtown menampilkan reka bentuk tulen, dilengkapi dengan hospitaliti Arab asli. Kedua-dua hotel tersebut terletak di Downtown Dubai, pusat kepada Burj Khalifa, The Dubai Mall, Dubai Opera dan The Dubai Fountain.

Di Rove Hotels, tetamu-tetamu boleh mengambil peluang daripada kadar harga bermula daripada hanya AED 99 berserta cukai semalam untuk seluruh hotel yang terletak di lokasi-lokasi pusat di seluruh bandar tersebut.

Para pengunjung kini boleh menikmati tawaran penginapan musim panas di Address Fountain Views dan Address Sky Views yang bakal dibuka tidak lama lagi, yang menampilkan Sky Bridge yang menakjubkan. Mereka juga boleh menempah untuk menginap di Vida The Hills dan Vida Harbour Point, kedua-duanya bakal dibuka dalam masa terdekat.

Chris Newman, Ketua Pegawai Operasi, Emaar Hospitality Group, berkata: "Pakej-pakej musim panas kami direka untuk keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati yang terbaik daripada pilihan hospitaliti yang ditawarkan di lokasi-lokasi pusat di seluruh bandar tersebut. Menerusi pelancaran pakej-pakej musim panas ini, kami menyasarkan untuk memenuhi aspirasi gaya hidup pengunjung-pengunjung antarabangsa kami selain para penduduk UAE."

Tawaran musim panas tersebut disediakan untuk penginapan antara 4 Mei dan 28 September 2019. Tempah melalui addresshotels.comvidahotels.com atau rovehotels.com.