Nak Kerja Luar Negara? Sila Baca 7 Mitos Tentang Migrasi Malaysia Di Luar Negara

TRAVEL
October 26, 2017 - 10:43 AM


Bila bekerja di luar negara sahaja, pasti akan ada skeptikal orang keliling mengatakan 'jadi hamba abdi', 'duit berkepuk' malah ada yang samakan individu tersebut dengan pendatang asing yang datang ke negara ini serta macam-macam lagi tanggapan negatif mahupun positif yang melampaui batas.

Sebenarnya itu semua tak tepat pun. Hakikatnya ia meleset sama sekali, berdasarkan pengalaman, pemuda Malaysia yang kini sedang bekerja di New Zealand ini menepis segala sangkaan orang mengenai bekerja di luar negara. Jom sama-sama kita hadamkan.

 

Ini berdasarkan pendapat saya

 

Ini berdasarkan pendapat saya dan apa yang saya tengok, dari segi trend backpackers dekat luar negara atau orang lain yang pernah bermigrasi dekat luar negara dan soalan-soalan yang diaorang rasa banyak orang patut tahu tapi banyak orang salah faham terhadap konsep-konsep tersebut.

 

Video ini memang semata-mata berdasarkan pengalaman sayalah, jadi mungkin memang akan berbeza pendapat dengan orang lain

 

Mitos 1 : Jadi Kuli/Petik Buah Je

 

Orang yang kerja luar negara ni, mesti kena kerja farm ataupun kerja petik buah, ataupun kerja-kerja kuli atau kontraktor dan sebagainya. Selalunya orang yang akan kerja luar negara ni ada juga yang terus kerja jadi doktor ke professional ke skill ke.

 

Tapi dari segi migrasi orang bias, yang setakat ada SPM, Diploma, Ijazah tapi memang nak cuba nasib diaorang nak ke luar negara sebenarnya tak semestinya kerja petik buah sahaja, tak semestinya kerja kuli sahaja. Korang mesti ada peluang tu untuk kerja dalam office atau kerja dengan syarikat dinegara tersebut. Sudah tentu ia bergantung pada pengalaman dan skill-skill yang korang ada samada syarikat tu nak hire korang ataupun nak hire orang lain. Jadi benda tu memang sangat subjektif.

 

Mitos 2: Gaji Berkepuk Kalau Convert RM

 

Mitos kedua, bila orang sampai dekat negara baru ni, diaorang rasa macam gaji masyuk dan memang cukup untuk hantar balik ke Malaysia dan duit akan sentiasa cukup dekat negara yang diaorang berada tu . Yang sebenarnya banyak orang salah faham, sebab bila diaorang sampai je diaorang emsti akan compare dengan negara Malaysia.

 

Contohnya kalau 15 NZD sejam dekat New Zealand ni dalam RM 50, so okay RM 50 tu boleh beli beras boleh ni boleh beli tu dan sebagainya, tapi sebenarnya bila korang dah berada di negara ini korang patut fikir pasal nilai duit tu dalam negara yang korang berada, jangan fikir nilai Malaysia.

 

Sebenarnya korang kena fikir juga kos sara hoidup dekat negara tu, kos makan, kos tidur penginapan, kos pengangkutan dan sebagainya. Dia bukannya macam orang yang kerja Singapura tapi menetap di Malaysia, diaorang sedaplah boleh terus bandingkan SGD dengan MYR sebab dah dekat. Tapi kalau negara yang berjauhan dengan Malaysia, memang lebih baik utnuk korang fikir kos sara hidup dahulu, ia bergantung kepada kemampuan setiap orang, jenis gaji yang korang dapat. Kalau boros, susahlah.

 

Mitos 3 : Nak 'Survive' English Kena 'Superb'

 

Banyak orang anggap B.I kena power gila baru boleh hidup dan cari kerja yang sesuai dan bagus di negara lain ni, sebeanrnya tak juga Kalau korang taktahu nak speaking tak ada masalah, janji korang boleh faham bahasa Inggeris atau bahasa di negara yang korang nak pergi tu di Germany ke apa, korang boleh berbahas dalam bahasa tersebut.

 

Mitos 4 : Kena Sampai Negara Itu Dulu, Baru Boleh Cari Kerja

 

Sebenarnya tak, korang boleh je start cari kerja tu dinegara asal, of course memang susah sikitlah, untuk korang cari kerja bila korang tak ada dinegara tersebut, tapis ekarang dah 2017, dah ada email, banyak kerajaan dah ada Expression of Interest, dimana korang boleh hantar surat untuk tanya. Yang penting korang kena mula mencari, jangan duduk diam je, kalau koranbg tak cari memang tak dapat.

 

Mitos 5 : Cable Kena 'Kencang' Baru Boleh Kerja Sana

 

Tak ada 'lubang' pun tak apa, memang senang kalau ada kawan yang boleh membantu dan sebagainya, tapi yang penting tu korang punya semangat sendiri untuk cuba menerokai hidup dinegara lain. Mungkin korang tengah tak ada 'lubang' sekarang tapi entah-entah korang lah 'lubang' tu.

 

Mitos 6 : Lupa Diri

 

Ia bergantung pada orang itu, mungkin nak cuba lifestyle baru.

 

Mitos 7 : Tak Ada Visa Pun Tak Apa

 

Sebenarnya ini paling-paling tak patut, sebenarnya korang memang kena ada Visa untuk ke negara tersebut, korang kena ada Visa kalau korang taka da Visa korang dianggap alien(pendatang haram) di negara tersebut. jadi memang imej negara kita akan rosak.

 

Jangan sesekali percaya ejen-ejen ni, jangan sesekali untuk cuba nasib dengan tulis Visa sahaja, kemudian kerja petik buah semua sambil tunggu Visa baru. Mungkin itu merupakan salah satu option yang kroang ada, tapi saya sarankan jangan buat memang sebab susah nanti untuk korang dan juga masyarakat lain yang nak cuba menerokai kehidupan di luar negara nanti.